web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Operasi SAR Ditamatkan Secara Rasmi 12 Tengah Hari - KPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 12:21PM

Acryl Sani Abdullah Sani. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini, yang bermula 16 Dis lepas, ditamatkan secara rasmi pada 12 tengah hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata keputusan berkenaan dibuat setelah polis mengesahkan tiada lagi mangsa yang terlibat atau hilang dalam kejadian itu.

“Polis memuktamadkan mangsa tanah runtuh yang terlibat adalah seramai 92 orang iaitu masing-masing 61 selamat dan 31 meninggal dunia.

“Hanya urusan teknikal sahaja masih diteruskan di lokasi kejadian melibatkan agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Mineral dan Geosains dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK), di sini, hari ini. 

Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh berkenaan iaitu seorang kanak-kanak lelaki dipercayai berusia antara 7 hingga 12 tahun, ditemukan oleh pasukan SAR pada 4.35 petang semalam, dalam keadaan telungkup di tebing bukit, kira-kira empat meter dari tapak perkhemahan sektor A (hill view).

Sementara itu Acryl Sani berharap, operasi kali ini menjadi satu templat atau pencontoh yang boleh diguna pakai oleh agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana untuk menghadapi sebarang kejadian seumpama itu pada masa akan datang. 

"Saya percaya ini adalah satu-satunya operasi yang menyaksikan setiap agensi memainkan peranan yang sesuai seperti digariskan oleh Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN 20) (Panduan Pengurusan Bencana di Malaysia), jadi tiada pertindihan ketika menjalankan tugas," katanya. 

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan penghargaan kepada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kerana telah menganjurkan pelbagai kursus melibatkan pengurusan bencana yang membantu agensi-agensi penyelamat untuk lebih memahami peranan masing-masing.

Acryl Sani juga berharap agar pihak NADMA dapat menganjurkan table talk secara berkala melibatkan semua agensi yang terlibat dalam MKN 20 bagi memastikan kelancaran pengurusan operasi bencana pada masa hadapan. 

Dalam kejadian awal pagi 16 Dis lepas, seramai 92 mangsa terlibat dengan 61 daripadanya terselamat, manakala 31 terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah sehingga menimbus kawasan perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada 18 individu dewasa dan 13 kanak-kanak termasuk seorang bayi berumur setahun. 

Operasi sepanjang sembilan hari itu dijalankan oleh lebih 250 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk lima agensi utama kerajaan iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi turut dibantu oleh unit anjing pengesan (K9) selain penggunaan jentera berat dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada tiga sektor iaitu sektor A (hill view), sektor B (farm view) dan sektor C (river side).

Secara keseluruhan, 20 mayat ditemukan di sektor A, satu di sektor B dan 10 lagi di sektor C. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Di Kampung Seberang Janggut, Penduduk Terputus Hubungan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan