web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi SAR: Seorang Kanak-Kanak Lelaki Sasaran Akhir Pasukan Mencari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 11:18AM

Semalam, walaupun cuaca dilaporkan baik namun operasi berkenaan ditangguhkan sementara pada 11 malam atas faktor keselamatan pasukan mencari - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Berbaki satu lagi mangsa yang hilang dipercayai seorang kanak-kanak lelaki, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kesembilan tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, di sini diteruskan hari ini.

Semalam, walaupun cuaca dilaporkan baik namun operasi berkenaan ditangguhkan sementara pada 11 malam atas faktor keselamatan pasukan mencari.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata operasi hari ini melibatkan 53 anggota daripada JBPM, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

"Selain itu, 10 ekor anjing pengesan K9 dan sembilan jengkaut digunakan hari ini dengan fokus pencarian di sektor A," katanya.

Hari ini pasukan mencari akan giat mengesan kanak-kanak lelaki malang itu, yang juga seorang daripada 92 angka rasmi bilangan mangsa disahkan terlibat dalam kejadian runtuhan pada Jumaat (16 Disember) lepas.

Dalam kejadian tersebut, 61 individu terselamat, manakala 30 nyawa dilaporkan terkorban setakat ini dan kesemua mereka juga sudah dikenal pasti dan dituntut waris masing-masing. 

Daripada jumlah mangsa terkorban itu, enam adalah lelaki dewasa, 12 wanita dewasa dan 12 kanak-kanak masing-masing enam lelaki dan enam perempuan. 

Sementara itu, tinjauan Bernama di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mendapati pengamal media mula tiba di situ secara berperingkat bagi menunggu perkembangan terkini mangsa terakhir.

Anggota penyelamat juga mula memasuki lokasi pencarian secara berkumpulan diketuai pasukan bomba diikuti polis, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam serta pasukan SMART.

Selain itu, cuaca juga dilaporkan baik namun jalan menuju ke PKTK dilihat berhabuk susulan lumpur kering di atas jalan raya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi Bersambung Pagi Ini, Hanya Jumpa Selipar Mangsa Selepas 17 Jam

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan