web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


15 Kes Kebakaran Direkodkan Akibat Litar Pintas Pada Musim Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 10:47AM

Kebakaran boleh disebabkan oleh kerosakan barangan elektrik dan pendawaian yang terjejas akibat ditenggelami air banjir - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 15 kes kebakaran yang berpunca daripada litar pintas direkodkan dalam tempoh lima hari banjir teruk yang melanda negeri ini mulai 19 Disember lepas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid berkata kebakaran itu disebabkan oleh kerosakan barangan elektrik dan pendawaian yang terjejas akibat ditenggelami air banjir.

Justeru, beliau menasihatkan penduduk yang terkesan supaya memastikan pendawaian berada dalam keadaan baik dan peralatan elektrik betul-betul kering sebelum digunakan selepas banjir.

"Memang biasa berlaku mangsa banjir apabila balik ke rumah, dalam keadaan tergesa-gesa terus buka suis tanpa periksa dulu keadaan pendawaian jika ada yang rosak dan terdapat arus elektrik mengalir.

"Begitu juga barangan elektrik yang belum betul-betul kering, jika digunakan boleh menyebabkan litar pintas yang akhirnya mencetuskan kebakaran," katanya selepas melakukan tinjauan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Tanjung Sabtu di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Md Hilman berkata sebanyak 22 kes lemas direkodkan dari 1 Januari hingga 23 Disember tahun ini.

Menurut beliau, lima daripada kes berkenaan berlaku dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pertengahan November lepas. 

"Kita selalu mengingatkan orang ramai supaya menjauhi aktiviti air pada musim MTL kerana banyak bahayanya. Kalau nak lakukan juga aktiviti seperti menangkap ikan ambillah langkah keselamatan yang baik," katanya.

Selain itu, beliau turut menasihatkan mangsa banjir supaya berwaspada dengan ancaman binatang berbisa ketika melakukan aktiviti pembersihan rumah selepas banjir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar