web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Keperluan Senaraikan Telur Import Sebagai Barangan Kawalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 9:00AM

Kerajaan meneliti keperluan menyenaraikan telur import sebagai barangan terkawal, antara lain bagi memastikan harganya kekal mampu milik. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang meneliti keperluan menyenaraikan telur yang diimport sebagai barangan terkawal, antara lain bagi memastikan harganya kekal mampu milik.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Datuk Haslina Abdul Hamid berkata MAFS dalam perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai keperluan berkenaan.

Ia berikutan kebenaran sementara yang diberikan oleh MAFS pada 16 Dis lepas untuk membawa masuk telur dari sumber luar bagi menampung kekurangan bekalan telur yang sedang dihadapi oleh negara sejak beberapa bulan lepas.

“Telur yang dibawa masuk dari sumber luar (memang) kecil sedikit (saiz) tetapi sekarang peranan kementerian (MAFS) adalah untuk menangani isu bekalan dan memastikannya sedia ada.

“Kita juga akan memastikan telur yang dibawa masuk berkualiti manakala KPDN memastikan harga (telur diimport) adalah mampu milik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pengedaran Kit Makanan MTL dan Intervensi Pengedaran Telur Ayam di ibu pejabat FAMA di sini, semalam.

Terdahulu, Haslina meninjau persediaan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membekalkan 62,500 kit makanan dan telur kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan diedarkan kepada mangsa banjir Monsun Timur Laut (MTL) di negeri-negeri Pantai Timur.

Beliau berkata pengedaran itu bagi melengkapkan hasrat kerajaan mempertingkatkan bekalan dalam membantu golongan yang terkesan.

“Kita meningkatkan rantaian bekalan (telur) ke kawasan yang kita telah kenal pasti memang kurang bekalan telur, malah kita tambah lagi jumlah untuk dihantar ke Kelantan dan Terengganu.

“Selain NADMA, pengedaran melibatkan kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan pergerakan bekalan berjalan dengan lancar,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah FAMA Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata program tersebut mendapat kerjasama tujuh syarikat pengeluar telur untuk mengedarkan telur ke negeri Pantai Timur yang terjejas akibat banjir, di samping menjamin ketersediaan bekalan telur di kawasan terlibat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad