web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Batang Kali-Genting Dijangka Dibuka Kepada Pengguna Motosikal Seminggu Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2022 2:17PM

Jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun bagi kerja-kerja pemulihan cerun - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor dijangka dibuka kepada pengguna motosikal dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagaimanapun berkata laluan tersebut akan dibuka secara berperingkat kepada kenderaan lain kerana pihaknya masih melakukan pemantauan di kawasan insiden tanah runtuh terbabit.

“Kita harap (jalan) akan dibuka dalam seminggu lebih kepada pengguna motosikal. Beri peluang kepada kita untuk teliti dan tengok pergerakan tanah sebab pergerakan masih berlaku.

"Alat pengesan yang kita pasang menunjukkan masih ada lagi pergerakan tanah antara dua hingga empat milimeter (mm) yang memerlukan masa untuk pemantauan," katanya.

Beliau berkata demikian  kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan tinjauan di Jambatan Kusial, di sini hari ini, susulan berlaku runtuhan dan hakisan tebing di bawah jambatan terbabit.

Mengulas lanjut, Nanta berkata semua pihak perlu beri perluang kepada pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kerja-kerja di kawasan insiden tanah runtuh itu kerana ingin memastikan keselamatan kepada pengguna jalan raya.

"Kita tidak mahu tergesa-gesa walaupun ada desakan daripada netizen yang mahu laluan di kawasan tanah runtuh Batang Kali dibuka dengan segera.

"Saya difahamkan pegawai JKR ketika ini juga sedang melihat pergerakan tanah yang berlaku sebab itu kita mahu lakukan yang terbaik demi menjaga keselamatan pengguna," katanya.

Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman pada Selasa dilapor berkata jalan Batang Kali-Genting Highlands ditutup selama setahun bagi kerja-kerja pemulihan cerun.

Berikutan penutupan itu, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif iaitu jalan (B113 Jalan Batang Kali-Ulu Yam sehingga ke B23 Jalan Ulu Yam-Batu Caves) atau melalui laluan utama (FT1001 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh).

Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat lalu, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu, yang terletak di Gohtong Jaya, Batang Kali, Selangor.

Setakat ini, 30 nyawa terkorban, 61 selamat manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad