web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dua Pemancing Tragedi Bot Karam Ditemui Selamat

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 7:11PM

Mat Awang @ Jali (kiri) dan Mat Harun Mohd Nor (kanan) ditemui selamat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Dua daripada tiga pemancing yang dikhuatiri lemas sebelum ini ditemukan masih selamat pada jam 1 tengah hari tadi.

Seorang lagi rakan mereka bagaimanapun dilaporkan masih hilang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rahim Daud berkata, kedua-dua mangsa, Mat Harun Mohd Nor, 54, dan Mat Awang @ Jali, 55, ditemukan dalam jarak 30 kilometer dari Pantai Sabak, di sini.

Menurut beliau, mereka ditemui terapung dan berpaut pada tong ikan atau kotak fiber oleh seorang pemancing lain sebelum dimaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat.

Katanya, dua pemancing berkenaan dihanyutkan oleh ombak ke lokasi berkenaan sebelum ditemui.

"Mereka kemudian dibawa ke darat sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

"Pihak polis bersama pasukan keselamatan yang lain serta nelayan masih meneruskan pencarian terhadap seorang lagi mangsa, Zulshahmi Danial Zulazman, 26, yang masih hilang,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Abdul Rahim menarik perhatian, usaha mencari Zulshahmi akan diteruskan sehingga mangsa ditemui walaupun dalam keadaan cuaca tidak menentu.

" Operasi akan bersambung pada jam 8 pagi esok," katanya.

Terdahulu media melaporkan, bot  dinaiki tiga pemancing itu terbalik akibat ribut dalam jarak lebih kurang sembilan batu nautika dari daratan Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besar, di sini, malam tadi.

Kejadian jam 8.30 malam itu disedari seorang lelaki yang melihat bot berkenaan terbalik.

Ketiga-tiga dikatakan keluar ke laut untuk memancing dan mencandat sotong. – Getaran, 24 April 2021 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Hilang 2 Minggu, Jaslinda Akhirnya Ditemui Selamat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

6 Sekeluarga Dilaporkan Hilang Disahkan Selamat - Polis

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad