web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terima Rasuah Urus Jenazah, 3 PPK Dipenjara Sehari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 8:16PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tiga pembantu perawatan kesihatan (PPK) di Hospital Kajang dijatuhi hukuman penjara sehari serta denda antara RM3,000 dan RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen, Shah Alam, hari ini kerana menerima suapan berhubung kerja-kerja pengurusan jenazah.

Tertuduh, Mohd Nizam Nordin, 42, Sharum Hassim, 42 dan Muhd Azhar Nahar, 45 dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menerima rasuah tersebut bagi kerja-kerja pengurusan jenazah Hospital Kajang.

Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap ketiga-tiga tertuduh selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Mahkamah memerintahkan ketiga-tiga tertuduh itu menjalani hukuman penjara tersebut mulai hari ini dan diarah menjalani hukuman penjara tambahan selama enam bulan jika gagal membayar denda yang ditetapkan.

Mengikut pertuduhan pilihan itu, Mohd Nizam, Sharum dan Muhd Azhar iaitu pembantu perawatan kesihatan di Unit Forensik Hospital Kajang, masing-masing didakwa menerima wang berjumlah antara RM300 dan RM600 daripada seorang lelaki berusia 34 tahun melalui akaun mereka tanpa sebarang balasan, yang diketahui ada kaitan dengan tugas rasmi iaitu kerja-kerja pengurusan jenazah.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di dua cawangan bank tempatan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah dan cawangan bank di Kajang, Hulu Langat antara 21 Mei hingga 9 Disember 2020.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun, dua lagi tertuduh iaitu Mohd Redzuan Che Husain, 34, dan Mohd Fariq Ariffin, 34, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Kajang memilih untuk dibicarakan.

Tarikh pengurusan kes untuk kedua-dua tertuduh tersebut ditetapkan pada 4 Januari depan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Mohd Aliff Shaharuzaman manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Mohd Fikah Sanusi.

Pada Oktober tahun lalu, media melaporkan lima kakitangan hospital ditahan SPRM Selangor kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja pengurusan jenazah di premis berkenaan. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Serang Balai Polis Ulu Tiram: Bapa, Anak Dipenjara 30 Tahun, Ibu 4 Tahun 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Rasuah: Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Dipenjara 6 Tahun, Denda RM8.8 Juta

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad