web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bekas Guru Besar SRA Mengaku Tak Bersalah Terima Rasuah RM164,800

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 3:53PM

Kamaludin mengaku tidak bersalah dah memohon dibicarakan sebaik sahaja kedua-dua pertuduhan dibicarakan. - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang mantan guru besar Sekolah Rendah Agama (SRA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam di sini atas dua pertuduhan rasuah membabitkan jumlah RM164,800, hari ini.

Bagaimanapun, tertuduh, Kamaludin Sahlan, 50, mengaku tidak bersalah dah memohon dibicarakan sebaik sahaja kedua-dua pertuduhan dibicarakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Berdasarkan pertuduhan, Kamaludin didakwa meminta dan menerima rasuah daripada seorang lelaki berusia 52 tahun ketika bertugas di sebuah SRA di daerah Petaling.

Rasuah berkenaan adalah untuk kerja-kerja selenggara dan menaik taraf bangunan serta infrastruktur SRA dalam daerah Petaling dan Kuala Selangor.

Tertuduh didakwa meminta 11 peratus daripada nilai projek dan menerima RM164,800 menerusi pindahan atas talian ke akaun bank miliknya.

Rasuah itu juga sebagai dorongan serta membantu individu berkenaan mendapatkan kerja-kerja selenggara dan naik taraf bangunan serta infrastruktur SRA dalam daerah Petaling dan Kuala Selangor.

Untuk semua kesalahan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut seksyen 24(1) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, Kamaludin boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Dia juga didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang, Kuala Langat dan di sebuah cawangan bank di Kota Kemuning, Shah Alam antara Mei 2019 hingga April 2021.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Mohd Aliff Shaharuzaman manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Pihak pendakwaan memohon tertuduh dikenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport untuk simpanan mahkamah dan melaporkan diri ke Pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dijamin RM30,000 dengan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Januari tahun depan. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Titah Diraja: Agong Beri Amaran Keras Untuk Perasuah, Anggap Mereka Pengkhianat Negara

3

Kolum 1 tahun yang lalu

HARA 2024 – Perlu Kesungguhan Semua Pihak Cegah Rasuah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek