web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Teruskan ECRL Berita Positif Buat Pelabur, Rakyat Malaysia - Ka Siong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 2:34PM

Kemajuan projek ECRL ketika ini adalah kira-kira 37 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan meneruskan pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah berita positif untuk pelabur dan rakyat Malaysia, kata mantan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Wee Ka Siong.

Gembira dengan keputusan itu, Ka Siong berkata, kemajuan projek tersebut ketika ini adalah kira-kira 37 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2026.

“Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada kerajaan baharu kerana meneruskan projek ECRL seperti yang dijadualkan,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengurangan kos pembinaan ECRL sebanyak RM11 bilion, Ka Siong berkata, RM50.27 bilion adalah kos akhir yang dimuktamadkan oleh Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri setelah semua isu selesai.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau tidak dapat mengesahkan kos asal projek tersebut pada tahun 2016 seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri semalam.

“Angka RM50.27 bilion ini turut dibentangkan kepada Kabinet pada ketika itu dan seterusnya disahkan oleh Kabinet awal tahun ini,” katanya.

Jelas Ka Siong, apa yang pasti adalah skop kerja pada masa itu berbeza daripada jajaran sedia ada ketika ini, dengan pengurangan ketara dari segi skop kerja pembinaan, walaupun kadar kos seunit kekal sama.

“Bilangan stesen telah dikurangkan, kerja-kerja penambakan tanah pesisir pantai dihentikan pada 2019 manakala hentian terakhir bagi ECRL yang diputuskan adalah Kota Bharu, bukannya Pengkalan Kubor,” katanya.

Untuk rekod, Anwar ketika mengumumkan meneruskan projek  ECRL berkata, kos pembinaannya dikurangkan sebanyak RM11 bilion berbanding kos asal RM85.97 bilion pada 2016.

Dalam pada itu, Ka Siong turut memuji kerajaan Selangor kerana telah bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan untuk memuktamadkan Perjanjian Tambahan 6 (SA6).

Sidang media bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada 2 Disember tahun lalu katanya, membuktikan kesediaan Selangor untuk meneruskan jajaran utara (kini dinamakan penjajaran ECRL 3.0) selepas semua isu tertunggak dengan kebimbangan berhubung kelestarian alam sekitar dan sosial negeri diselesaikan.

“Susulan itu, SA6 telah ditandatangani oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) pada 2 Jun lalu untuk meneruskan pakej terakhir projek rel sepanjang 665km dengan kos RM50.27 bilion, termasuk jambatan darat yang menghubungkan kawasan pelabuhan Northport dan Westport,” katanya. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelajuan Maksimum Tren Penumpang ECRL 160KM/J - MRL

2

Politik 2 tahun yang lalu

Wee Ka Siong Kekal Presiden MCA

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Projek ECRL: Penutupan Susur Masuk, Keluar Plaza Tol Gambang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRN: MCA Bantu Kempen Calon BN

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan