web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu, Kelantan Menurun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 7:23AM

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Terengganu dan Kelantan merekodkan penurunan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu dan Kelantan merekodkan penurunan, manakala jumlah mangsa di Pahang, Perak dan Johor kekal setakat malam tadi.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir terus menunjukkan penurunan dengan 36,180 orang masih berlindung di 261 PPS di lapan daerah membabitkan Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Nerus, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang, berbanding 38,574 orang petang tadi.

Di KELANTAN, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di 116 PPS di lapan jajahan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Bachok turut merekodkan penurunan kepada 30,551 orang malam ini berbanding  31,584 orang petang tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berkesempatan mengadakan lawatan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja, Pasir Mas.

Di PAHANG, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal dengan 30 orang.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan paras air Sungai Keratong, di Rompin kekal melepasi tahap bahaya, manakala di Maran, Sungai Pahang (Lubuk Paku) dan Sungai Luit (Kampung Subuh) serta Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan, masih melebihi tahap amaran.

Di JOHOR Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir di Segamat kekal 48 orang malam ini, manakala di PERAK Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa juga kekal dengan 26 orang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan