web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertuduhan Jenayah Terhadap Saya Sebelum Ini Konspirasi Politik Yang Dirancang - Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 7:02AM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pertuduhan jenayah yang dihadapinya sebelum ini adalah sebahagian daripada konspirasi politik yang dirancang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam pernyataan tuntutan terpinda yang difailkan pada Isnin lepas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa ia adalah dendam keji yang dilakukan untuk menyingkirkan beliau daripada memegang jawatan awam dan merosakkan karier politiknya.

Menurut Anwar, beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia sebelum 2 Sept 1998 dan mempunyai rekod prestasi sempurna sebagai orang yang memegang jawatan awam kedua tertinggi selain disenaraikan sebagai satu daripada empat menteri kewangan teratas oleh Euromoney dan dinamakan sebagai Menteri Kewangan terbaik pada 1996 oleh Asiamoney.

"Namun, saya telah disingkirkan dari kedua-dua jawatan awam oleh pihak yang berkuasa pada 1998. Bagi merosakkan reputasi serta imej, saya telah didakwa dengan beberapa kesalahan jenayah rekaan, telah dibicarakan dan didapati bersalah atas semua kesalahan yang didakwa serta dijatuhkan hukuman penjara sebanyak dua kali.

Sebelum dipecat, saya dengan bersunguh-sungguh dan tanpa henti mengekalkan pendirian tidak bersalah dan menegaskan bahawa semua pertuduhan jenayah terhadap saya adalah sebahagian daripada konspirasi politik yang dirancang," katanya.

Anwar, 75, selaku plaintif berkata demikian menerusi pernyataan tuntutan terpinda yang difailkan dalam samannya terhadap Muhammad Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah “Jelajah PN Best Tambun”.

Menurut Anwar, atas sebab itulah, Yang di-Pertuan Agong menganggap dan melihat adalah wajar untuk mengampuni beliau pada 16 Mei 2018 bagi memulihkan imej dan reputasinya.

Katanya, tujuan utama dan kesan titah Seri Paduka untuk memerintahkan Pengampunan Diraja adalah untuk memadamkan sepenuhnya dan secara muktamad semua atau mana-mana keburukan terhadapnya berkenaan kesalahan jenayah yang disabitkan. 

"Walaupun defendan (Muhammad Sanusi) mempunyai pengetahuan penuh berkenaan perkara ini, beliau telah secara melulu tanpa mengambil kira kesan dan akibat Pengampunan Diraja oleh Seri Paduka, telah memfitnah saya," kata Anwar.

Pada 13 Dis lepas, Anwar memfailkan saman itu menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Alor Setar dengan menamakan Muhammad Sanusi, 48, sebagai defendan tunggal.

Sementara itu, peguam Datuk S.N. Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi Bernama hari ini berkata saman terpinda itu telah diserahkan kepada peguam defendan dari Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid, petang tadi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Politik 8 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

3

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam