web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibarat Laut: Mangsa Banjir Besut Kongsi Pengalaman Menakutkan Hadapi Bah Terburuk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 6:30PM

Beberapa kawasan dinaiki air ketika tinjauan udara di sekitar Besut, Hulu Terengganu dan Setiu semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hujan lebat tanpa henti akibat monsun timur laut mengakibatkan banjir besar melanda negeri pantai timur Semenanjung, dengan puluhan ribu keluarga terjejas dan terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Antara kawasan teruk terjejas dengan bencana itu adalah daerah Besut, Terengganu apabila penduduk terputus hubungan akibat limpahan air Sungai Besut yang mengalir ke Laut China Selatan.

Laluan utama dari Kuala Terengganu dan Kelantan menuju ke daerah berkenaan tidak boleh dilalui apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan paras air meningkat antara 0.3 meter hingga ke 1.8 meter.

Menceritakan situasi banjir yang mencapai paras dada itu, seorang guru, Ruzlina Akma Janah berkata, keadaan bencana terbabit pada kali ini adalah terburuk melanda daerah berkenaan sejak 20 tahun lalu.

“Hujan bermula sejak tengah hari Sabtu lalu, namun masih tidak reda keesokannya. Saya sudah risau pada petang Sabtu apabila masih tidak reda.

“Pada jam 4 pagi Ahad, suami saya melihat air mula masuk ke beranda rumah. Dia mengalihkan kereta ke Masjid Al-Faqeh yang terletak di kawasan lebih tinggi berbanding rumah kami.

“Pada jam 6 pagi, air sudah masuk ke dalam rumah dan kami bergegas mengeluarkan semua ahli keluarga, termasuk ibu saya yang terlantar,” katanya anak jati Kampung Balik Bukit berhampiran bandar Jerteh itu.

Bertugas sebagai pendidik di Rawang, Ruzlina pulang ke kampung halamannya pada Sabtu lalu sempena musim cuti sekolah dan mahu menghadiri majlis perkahwinan.

Di sebalik banjir dan kerosakan ditanggung akibat bencana tersebut, terutama perabot, beliau bersyukur kerana pulang ke kampung dari Rawang, Selangor pada hari minggu dan berkesempatan membantu membawa keluar ibunya.

Ruzlina (kanan) bersama anaknya, Ahmad Zahin Ahmad di hadapan rumah keluarga mereka di Besut. - Gambar ihsan Ruzlina Akma Janah
Ruzlina (kanan) bersama anaknya, Ahmad Zahin Ahmad di hadapan rumah keluarga mereka di Besut. - Gambar ihsan Ruzlina Akma Janah

“Saya fikir memang ditakdirkan untuk pulang pada hari minggu. Pada pagi Ahad, apabila air mula memasuki rumah, kami membawa emak keluar dengan selamat.

“Kira-kira jam 6 pagi, kami mengangkatnya menggunakan pengusung dan perlahan-lahan meredah banjir setinggi lutut ke rumah saudara yang terletak beberapa meter dari kediaman kami,” katanya.

Ruzlina berkata, tiga anak lelakinya, suami dan jiran membantu untuk memindahkan ibunya dengan selamat.

Ruzlina juga menggambarkan paras air Sungai Besut seperti paras laut dengan banyak jalan ditutup pihak berkuasa tempatan akibat ditenggelami banjir.

Seorang lagi penduduk, Nor Aida Ariffin berkata, situasi banjir teruk yang turut membabitkan rumahnya itu, mengejutkan kerana kediaman terbabit terletak di atas bukit berhampiran Hospital Besut.

“Paras air di rumah saya setinggi paras betis. Semua perabot rosak, kecuali peti sejuk kami letak di atas kabinet dapur selamat. Katil, kerusi dan sofa semua rosak.

“Kawasan ini tidak pernah berdepan banjir seteruk ini,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Nor Aida Ariffin, berkata keadaan banjir amat mengejutkannya kerana rumahnya terletak di atas bukit berhampiran Hospital Besut.

Setakat semalam, Terengganu mencatatkan jumlah mangsa banjir ramai, iaitu 37,792 mangsa, membabitkan 10,401 keluarga.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan, seramai 5,492 mangsa dipindahkan di daerah Besut, iaitu antara mangsa paling ramai dipindahkan setakat ini. - Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Video & Galeri 6 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan