web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Sahkan Terima Writ Saman Perdana Menteri, ‘Saya Serahkan Kepada Peguam’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 3:03PM

Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk proses selanjutnya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau sudah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, beliau sudah menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk proses selanjutnya.

“Saya sudah menerima writ dan pernyataan tuntutan saman fitnah daripada peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Oleh kerana Datuk Seri Anwar memilih untuk membawa perkara ini ke mahkamah, maka saya menyerahkan kepada peguam saya untuk mengendalikan kes ini mengikut lunas undang-undang,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Difahamkan, tuntutan saman tersebut adalah berhubung kenyataannya yang mendakwa Anwar menerima bayaran RM15 juta ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Saman fitnah difailkan peguamcara SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi pihak Anwar itu, menuntut ganti rugi am, pampasan, teruk dan teladan daripada Muhyiddin yang dinamakan sebagai defendan.

Kenyataan fitnah itu didakwa Perdana Menteri dibuat Muhyiddin dalam satu ucapan ketika ceramah ‘Grand Finale PN Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim, Kedah pada 5 Disember lalu, bagi menyokong calon PN, Datuk Azman Nasruddin.

Menurut pemfailan mahkamah itu, kenyataan Muhyiddin berkenaan tular di TikTok dan mendapat kira-kira 1.1 juta tontonan, 2,169 kali perkongsian, 21,400 tanda suka serta 6,061 komen. – Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad