web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PU Azman Didakwa Lagi Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 1:51PM

Azman Syah Alias - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pendakwah selebriti Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman yang sebelum ini didakwa atas sembilan pertuduhan berkaitan seksual, didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pendakwaan hari ini merupakan pertuduhan seksual ke-10 yang dihadapi Azman Syah selepas dia didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas lima pertuduhan manakala empat pertuduhan di Mahkamah Majistret dan Sesyen Klang sebelum ini

Azman Syah, 41, yang memakai kurta biru dan berseluar kelabu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di dalam bilik sebuah resort di Hulu Langat dekat sini pada 22 Julai lepas.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun beliau memohon jumlah jaminan tinggi sekiranya mahkamah membenarkan jaminan kerana pertuduhan tersebut serius dan kes itu menarik perhatian umum berdasarkan status tertuduh.

“Jaminan rendah tidak menggambarkan keseriusan pertuduhan. Oleh itu, saya mohon jaminan tinggi berserta syarat tambahan tertuduh tidak mendekati mangsa dan saksi pendakwaan, melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Mohamad Zahid Ahmad mewakili Azman Syah memohon jaminan dibenarkan kerana ia penting bagi anak guamnya menyediakan pembelaan terbaik bagi pertuduhan tersebut.

“Jaminan turut diberikan kepada anak guam saya bagi pertuduhan yang sama iaitu Mahkamah Klang membenarkan jaminan RM24,000 manakala Mahkamah Seremban memberi jaminan RM40,000.

“Kakak tertuduh juga hadir dan sedia menjadi penjamin. Saya mohon jaminan paling minimum kerana pendapatan anak guam terjejas teruk selepas dia didakwa di mahkamah dan perlu menanggung dirinya serta adik-beradik lain yang tidak bekerja,” kata Mohamad Zahid.

Hakim Norhazani Hamzah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali, tidak mendekati mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai serta menyerahkan pasport kepada mahkamah selain menetapkan sebutan kes pada 10 Februari depan.

Azman Syah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 12 Oktober lepas terhadap lima pertuduhan melakukan amang seksual ke atas dua remaja lelaki bawah umur.

Pada 7 Disember, dia turut didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Klang atas empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki antara Februari hingga Ogos lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan