web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Mayat Kanak-Kanak Berbaju Tidur Ditemui Pada Kedalaman 17 Meter

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 1:43PM

Aras mangsa ditemui lebih dalam daripada jangkaan pasukan SAR dan apabila digali pada kedalaman lebih 16 meter, air keluar membuak-buak sebelum mangsa ditemui di tepi batu besar - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mayat mangsa Ke-25 kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, iaitu kanak-kanak perempuan, ditemui semalam dalam keadaan tertimbus pada kedalaman lebih 17 meter daripada aras tanah, tanpa pengenalan diri.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, terdapat empat beg mengandungi pakaian dan komputer riba ditemui berdekatan mangsa.

Menurutnya, mayat kanak-kanak berumur antara 6 hingga 10 tahun ini berada berhampiran batu yang dianggarkan lebih besar daripada jengkaut.

“Ketika ditemui, mangsa berpakaian lengkap baju tidur berwarna merah jambu,” katanya

“Mayat sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di tapak perkhemahan itu hari ini seperti dilaporkan BH.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebelum ini pihaknya sudah mengorek tanah di kawasan berkenaan dengan kedalaman lebih 12 meter daripada aras tanah.

Namun, katanya, aras mangsa ditemui lebih dalam daripada jangkaan pasukan SAR dan apabila digali pada kedalaman lebih 16 meter, air keluar membuak-buak sebelum mangsa ditemui di tepi batu besar.

Jelasnya, disebabkan situasi luar jangka itu, proses pencariannya agak lambat.

“Pihak kami juga cuba mengurangkan anggota pasukan itu kepada 106 orang di kawasan berkenaan, memandangkan keadaan tanah berselut dengan ketinggian 14 meter.

“Semalam, ketika SAR melakukan kerja mengorek pada kedalaman 16 meter, air keluar membuak dan keadaan bahaya, sebab itu kita hentikan operasi. Sekiranya kita masih di sana, mungkin berlaku kecederaan dan sebagainya,” katanya.

Semalam, kanak-kanak itu ditemui di sektor C pada jam 11.20 malam, ketika pasukan SAR bertungkus-lumus mencari baki sembilan mangsa kejadian terbabit pada hari kelima operasi.

Manakala, terkini, pasukan itu menemui mayat mangsa Ke-26, iaitu seorang lelaki dewasa pada jam 11.16 pagi ini di sektor B.

Menerusi hantaran di Facebook, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengemas kini maklumat setakat jam 11.20 malam, membabitkan 94 mangsa kejadian itu.

“(Seramai) 61 orang selamat dan cedera. Manakala, 26 meninggal dunia, iaitu lima kanak-kanak lelaki, tiga kanak-kanak perempuan serta wanita dewasa (13) dan lelaki dewasa (5).

“Pencarian masih berjalan atas pencarian lapan mangsa yang tidak ditemui lagi,” katanya.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Md Ismail berkata, selain sektor C, pihaknya mengulangi pencarian di sektor A (Hill View) dan B (Farm View) bagi mengesan mangsa.

Jelasnya, anggota penyelamat juga terus bersemangat dan tidak berputus asa dalam menjalankan tugas pencarian, meskipun terdapat tiga pegawai serta anggota menerima rawatan selepas kurang sihat dan mengalami kecederaan ringan.

Malah, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, ada antara anggota penyelamat yang enggan keluar dari lokasi pencarian bagi mengesan baki mangsa masih hilang, walaupun dibenarkan untuk berehat.

Komitmen ditunjukkan anggota SAR itu turut mendapat perhatian Istana Selangor, apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin kelmarin, menzahirkan penghargaan kepada mereka.

Kejadian pada Jumaat lalu itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). – Getaran, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad