web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Homoseksual: Ambil Tindakan Tegas Terhadap Agensi Media Itali - Hamzah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Dec 2022 5:27PM

Hamzah ketika mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang memulakan persidangan hari ini. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut-PN) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Tambun-PH) mengambil tindakan tegas terhadap agensi media antarabangsa yang menyebarkan berita "tidak sopan” mengenai orientasi seksualnya.

Hamzah di sidang Dewan Rakyat hari ini mendakwa, selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, sebuah agensi berita Itali telah menerbitkan artikel bertajuk ‘First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country’.

“Laporan ini jelas menghina Anwar dan tindakan tegas harus diambil. Kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa Anwar sudahpun diberi pengampunan oleh Yang Di-Pertuan Agong (atas tuduhan liwat). 

“(Anwar) wajib mengambil tindakan terhadap agensi luar. Jangan dibiarkan sehingga dunia percaya seolah-seolah (Anwar) pengamal homoseksual tegar,” kata Hamzah ketika membahaskan usul percaya terhadap Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar Ibrahim - Gambar oleh Azim Rahman

Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat pada 1998 dan sekali lagi pada 2015. 

Beliau kemudiannya diberikan pengampunan Diraja dan dibebaskan dari penjara pada 2018.

Ucapan Hamzah telah diganggu oleh beberapa Ahli Parlimen kerajaan, termasuk R.S.N. Rayer (Jelutong-PH) yang lantang meminta mantan Menteri Dalam Negeri itu menarik balik dakwaannya yang "tidak sopan dan biadab".

Sebagai reaksi balas, Hamzah sekali lagi menegaskan, Anwar bukan sahaja harus mengambil tindakan terhadap mereka yang ada di negara ini, tetapi perlu menampilkan imej Malaysia yang konsisten sebagai sebuah negara perdagangan.

Beliau kemudiannya berkata, walaupun Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar telah memperjuang kebebasan bersuara dalam media semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), keadaan hari ini nampaknya sudah berubah.

“Selain kegilaan menyaman sesiapa sahaja yang mengkritik individu tertentu dalam kerajaan, kerajaan ini juga sedang menyekat kebebasan dan kreativiti anak-anak muda di media sosial.

“Menteri Komunikasi dan Digital telah mengadakan pertemuan dengan pengendali platform Tiktok dan media sosial lain bagi menyekat kandungan tertentu yang tidak memihak kepada kerajaan,“ dakwanya.

Hamzah merujuk kepada pertemuan Fahmi (Lembah Pantai-PH) dengan wakil dari TikTok selepas PRU-15, berikutan pendedahan bahawa sejumlah 1,126 video telah disekat platform tersebut

seminggu selepas hari pengundian kerana didakwa mengandungi ‘kandungan ekstremis’.

Seramai 12 Ahli Parlimen dijangka membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri, sebelum pengundian dilakukan. - The Vibes, 19 Disember 2022

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad