web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Ibu Tunggal Terima Bantuan Asnaf Dari MAIWP

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2021 1:21PM

Mohd Daud Bakar beramah mesra bersama seorang asnaf penerima zakat, Wan Nor Fazilah serta bapanya, Muhammad Saad Muhd Ramli pada program Jejak Asnaf Siri 1 di kediaman mereka di sekitar kawasan Setapak hari ini. - Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menyantuni dua ibu tunggal bagi menyampaikan bantuan sempena ziarah asnaf di kawasan Parlimen Wangsa Maju.

Pengerusi MAIWP Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata pihaknya menyerahkan bantuan sewa rumah,  makanan, perubatan, peralatan kesihatan dan kewangan bulanan kepada kedua-dua ibu tunggal itu.

“Kesemua bantuan yang diberikan ini merupakan hasil kutipan wang zakat oleh pembayar-pembayar zakat di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah rumah penerima di Desa Setapak di sini hari ini.

Mohd Daud berkata pihaknya menggalakkan orang ramai untuk melaporkan jika terdapat asnaf di kawasan mereka yang memerlukan bantuan segera melalui Aplikasi Mobile Jejak Asnaf.

“MAIWP mahu semua asnaf yang ada di Kuala Lumpur ini disantuni dengan segera, dan saya mohon orang ramai membantu MAIWP dalam menjejaki golongan ini,” katanya.

Pada program berkenaan, MAIWP menyampaikan bantuan kewangan bulanan, sewa rumah, perubatan am dan peralatan kesihatan kepada Wan Nor Fazilah Muhammad Saad, 36, seorang ibu tunggal yang terpaksa berhenti kerja demi menjaga ayahnya yang terlantar akibat penyakit angin ahmar sejak empat tahun lepas.

Beliau yang menyewa di Flat Taman Melati, Setapak itu mempunyai empat anak berumur antara 14 tahun hingga 20 tahun dengan perbelanjaan keluarga berkenaan kini ditanggung oleh anak lelaki sulungnya.

Sementara itu penerima bantuan kedua, Siti Hajar Mohamad Ripaia, 25, mengucapkan terima kasih atas bantuan kewangan bulanan,  sewa rumah dan persekolahan daripada MAIWP itu.

Siti Hajar yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai tiga anak berusia antara tiga hingga lapan tahun dan menyewa sebuah bilik di Desa Setapak dengan bayaran RM250 sebulan.

“Sebentar tadi datuk (Pengerusi MAIWP) ada beritahu mereka akan membantu saya untuk mencari sebuah rumah berhampiran yang selesa untuk saya dan anak-anak. Saya amat berterima kasih kepada MAIWP kerana anak saya akan dapat hidup dengan selesa kelak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

MAIWP Agihkan RM3.99 Juta Bagi Bantuan Sewa Kediaman Pelajar Universiti

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan Kepada Golongan Miskin Tegar Perlu Diselaras - Mohd Na'im

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tokong Cina Mohon Lebih Masa Fail Pembelaan Saman Pengusiran MAIWP

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad