web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Pengendali Tapak Perkhemahan Ucap Takziah Kepada Mangsa, Keluarga

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 6:25PM

Pengendali tapak perkhemahan tampil mengucapkan takziah kepada mangsa serta ahli keluarga mereka yang terbabit dalam insiden berkenaan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas tiga hari kejadian malang runtuhan tanah di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, pengendali tapak perkhemahan itu tampil mengucapkan takziah kepada mangsa serta ahli keluarga mereka yang terbabit dalam insiden berkenaan

Ia turut melahirkan simpati kepada mereka dengan menyifatkannya sebagai kejadian tidak diduga dan menyedihkan.

“Dengan berat hati, kami seikhlasnya menghulur salam takziah kepada manga dan keluarga mereka yang terkesan dengan tragedi tanah runtuh pada 16 Disember.

“Malang ternyata tidak berbau. Ingatan kami sentiasa bersama anda. Semoga mereka yang meninggal dunia bersemadi dengan tenang. Didoakan mereka yang selamat kekal tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pada masa sama, pengendali lokasi itu melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang bertungkus-lumus dalam usaha terbabit.

“Akhir kata, kami sekali lagi dengan rendah diri menyampaikan rasa sedih kepada semua yang terkesan tragedi ini,” katanya.

Kejadian itu meragut 24 nyawa setakat ini, manakala sembilan lagi mangsa masih hilang dan sedang giat dicari pasukan SAR.

Terdahulu awal pagi Jumaat, negara dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi hari kejadian dan tiba di lokasi kira-kira jam 3 pagi.

Kejadian itu dilaporkan berlaku apabila tanah runtuh berhampiran ladang organik berkenaan, menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Ia turut dibantu anjing unit pengesan (K9) yang bertungkus lumus dalam operasi mengesan dan menyelamat mangsa insiden.

Manakala, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, polis sudah memanggil pengusaha tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dan dua pekerjanya bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Katanya, lelaki tempatan berusia 50-an dan dua pekerja lelaki berusia lingkungan 30-an itu, hadir di Ibu Pejabat Daerah Hulu Selangor petang semalam.

Ekoran insiden berkenaan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua tapak perkhemahan, kawasan rekreasi air di sekitar Batang Kali diarah tutup serta-merta sehingga diberitahu kelak.

Manakala, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memberitahu, tapak perkhemahan berkenaan diusahakan tanpa lesen kebenaran beroperasi daripada Majlis Daerah Hulu Selangor.

Justeru, beliau menegaskan, semua tapak perkhemahan berhampiran sungai dan lokasi berisiko tinggi di seluruh negara, diarah dihentikan operasi serta ditutup selama tujuh hari berkuat kuasa serta-merta. – Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengusaha Akur Garis Panduan Demi Keselamatan Di Tapak Perkhemahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek