web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gangguan Sistem Pembayaran Tol Di DUKE, SPE Kembali Pulih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 1:38PM

Semua lorong di Plaza Tol DUKE dan SPE sudah berfungsi sepenuhnya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Semua plaza tol di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE) yang berdepan gangguan sistem semalam, sudah berfungsi sepenuhnya hari ini.

DUKE menerusi kenyataan memaklumkan, transaksi pembayaran menggunakan kad Touch n Go (TnG), PayDirect dan Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) sudah diterima di semua plaza tol DUKE dan SPE.

“Semua lorong di Plaza Tol DUKE dan SPE sudah berfungsi sepenuhnya.

“Transaksi pembayaran menggunakan kad TnG, PayDirect dan RFID diterima di semua plaza tol DUKE serta SPE,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook.

Terdahulu, Getaran melaporkan sistem pembayaran tol menggunakan RFID dan TnG e-wallet di semua Plaza Tol DUKE serta SPE tergendala buat sementara waktu.

Pihak DUKE memaklumkan, hanya pembayaran menggunakan kad Touch n Go diterima buat masa ini.

Isu membabitkan sistem pembayaran tol tergendala, termasuk RFID pernah beberapa kali berlaku, sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna.

Mereka menyifatkan sistem yang sepatutnya memudah dan mempercepat perjalanan itu bertukar sebaliknya serta mengganggu kelancaran pergerakan apabila kenderaan tidak boleh melepasi palang tol kerana sensor gagal dibaca, sekali gus mengakibatkan kesesakan di laluan terbabit.

Kelmarin, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan, semua lorong sistem RFID di beberapa plaza tolnya terjejas.

Menerusi hantaran di Facebook, jurucakap PLUS memberitahu, gangguan berkenaan membabitkan Butterworth-Kulim, Jambatan Pulau Pinang (JPP), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua).

Bagaimanapun, sistem itu kembali pulih dan beroperasi semula secara berperingkat mulai jam 8.30 keesokannya.

Katanya, satu siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca utama gangguan teknikal terbabit. – Getaran, 18 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Pengakuan Bersalah Lelaki Didakwa Hendap Jurugambar Wanita

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Peniaga Desak Kawalan Keselamatan Di Plaza Damas Dipertingkat Selepas Kes Serangan Seksual

3

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Gangguan Teknikal MRT Berpunca Daripada Tekanan Angin Rendah

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Hospital Didakwa ‘Longgok’ Pesakit, Rawatan Ambil Sehari Suntuk 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar