Berita Terkini

1 jam yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 1 jam yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 1 jam yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 1 jam yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 4 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Peniaga Desak Kawalan Keselamatan Di Plaza Damas Dipertingkat Selepas Kes Serangan Seksual

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 9:09AM

Peniaga dan penyewa premis di Plaza Damas di Sri Hartamas menuntut kawalan keselamatan yang lebih baik susulan insiden baru-baru ini di mana seorang gadis berusia 13 tahun dikatakan menjadi mangsa serangan seksual - Gambar Facebook Ken Huber

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Peniaga dan penyewa premis di Plaza Damas di Sri Hartamas menuntut kawalan keselamatan yang lebih baik susulan insiden baru-baru ini di mana seorang gadis berusia 13 tahun dikatakan menjadi mangsa serangan seksual.

Seorang penyewa, Sarah (bukan nama sebenar) memberitahu The Vibes, mangsa adalah salah seorang pelanggannya dan sedang menaiki tangga seorang diri ke pejabatnya.

Kebiasaannya, individu dewasa dari pejabat Sarah akan mengiringi remaja terbabit ke tingkat atas, tetapi kali ini mangsa tiba lebih awal.

“Gadis itu tidak dapat bercakap walaupun saya dan ibunya terus bertanya kepadanya apa yang berlaku.

“Dia jelas terkejut dan ketakutan kami adalah suspek ini boleh kembali atau melakukan perkara yang sama di tempat lain," kata Sarah ketika dihubungi.

Kebiasaannya, individu dewasa dari pejabat Sarah akan mengiringi remaja terbabit ke tingkat atas, tetapi kali ini mangsa tiba lebih awal - Gambar Hiasan Pixabay
Kebiasaannya, individu dewasa dari pejabat Sarah akan mengiringi remaja terbabit ke tingkat atas, tetapi kali ini mangsa tiba lebih awal - Gambar Hiasan Pixabay

Menurut laporan polis yang dibuat oleh ibu bapa mangsa, remaja perempuan itu pada mulanya didatangi lelaki berusia 30-an di tangga tersebut pada jam 6 petang, 18 Mei lalu.

Individu tersebut yang memakai topi keledar, pelitup muka, baju biru laut dan seluar jeans, mengarahkan mangsa untuk berdiam diri sambil mengangkat jaketnya.

Dia kemudian terus memegang tangan mangsa dan meletakkan pada kemaluannya sebelum melarikan diri selepas terdengar bunyi tapak kaki.

 

Bahaya individu tidak dikenali: remaja perlu diiringi

Sarah telah memaklumkan kejadian itu kepada pelanggan lain dan ibu bapa mereka.

Dia juga mengambil langkah dengan memastikan setiap remaja diiringi masuk dan keluar dari pejabat oleh seorang kakitangan.

Tegasnya, kawalan keselamatan di Plaza Damas agak lemah, menunjukkan bahawa keadaan boleh mendorong pelaku untuk kembali dan mengganggu wanita dan gadis lain.

Sarah berkata, terdapat kekurangan kamera litar tertutup (CCTV) yang beroperasi di Plaza Damas, dan walaupun terdapat pengawal keselamatan, kawalan mereka di kawasan itu tidak mencukupi.

Setakat ini, Sarah sudah memaklumkan pihak pengurusan Plaza Damas mengenai kejadian itu dan menggesa mereka untuk meningkatkan kawalan keselamatan.

"Saya telah memaklumkan beberapa pelanggan kami dan ibu bapa mereka tentang apa yang berlaku," katanya.

Terdapat kekurangan kamera litar tertutup (CCTV) yang beroperasi di Plaza Damas, dan walaupun terdapat pengawal keselamatan, kawalan mereka di kawasan itu tidak mencukupi - Gambar hiasan Pixabay
Terdapat kekurangan kamera litar tertutup (CCTV) yang beroperasi di Plaza Damas, dan walaupun terdapat pengawal keselamatan, kawalan mereka di kawasan itu tidak mencukupi - Gambar hiasan Pixabay

 

Polis masih belum menyiasat kejadian

Sementara itu, pengurus bangunan Plaza Damas, Don Herald memberitahu The Vibes bahawa pihak pengurusan bersedia membantu polis dalam siasatan mereka berhubung serangan terhadap remaja terbabit.

Bagaimanapun, Sarah berkata, sejak kejadian itu, polis belum lagi bertemu pihak pengurusan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Kami menasihatkan pemilik perniagaan untuk membuat laporan polis kerana kami sedia membantu siasatan polis. Tetapi, sehingga kini, polis tidak datang ke sini,” katanya.

Tambah Herald, ketika ini, pihak pengurusan Plaza Damas telah meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan kejadian.

 

'Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja'

Seorang lagi penyewa yang juga guru muzik Dominic Damian meluahkan kebimbangan terhadap wanita dan gadis yang memasuki premis perniagaan itu.

Sejak kejadian itu, polis belum lagi bertemu pihak pengurusan untuk mendapatkan maklumat lanjut - Gambar Hiasan
Sejak kejadian itu, polis belum lagi bertemu pihak pengurusan untuk mendapatkan maklumat lanjut - Gambar Hiasan

Dia sependapat dengan Sarah mengenai langkah keselamatan di Plaza Damas, meminta lebih banyak liputan CCTV, terutamanya di tempat letak kereta.

Sejak kejadian itu, Dominic berkata, dia memastikan individu dewasa sentiasa mengiringi pelajarnya yang menghadiri kelas muzik.

"Saya tidak begitu bimbang jika isu ini akan menjejaskan perniagaan saya tetapi saya bimbang tentang (keselamatan) kanak-kanak," katanya.

“Terdapat kebimbangan besar tentang keselamatan di Plaza Damas kerana jika ini boleh berlaku kepada seorang remaja, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

"Mereka perlu mula meningkatkan kawalan keselamatan yang lebih baik dan memasang kamera CCTV yang berfungsi,” katanya kepada The Vibes.

Sebagai reaksi balas kepada kebimbangan mengenai CCTV, Herald menjelaskan bahawa beberapa kamera tidak berfungsi kerana masalah teknikal dan cuaca.

"Kami sedang meneliti untuk membaiki kamera baharu dan lama," katanya, sambil menambah bahawa dia akan bertemu dengan penyewa yang bimbang mengenai kejadian itu. - The Vibes, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Kes Tinggal Bayi Depan Masjid: Wanita Dalam Rakaman CCTV Diminta Tampil 

2

Semasa 4 hari yang lalu

Sudah Setahun Edward Nyatakan Hasrat Mahu Mandi Sungai - Sepupu

3

Semasa 4 hari yang lalu

Kawasan SAR Kanak-Kanak 8 Tahun Dikhuatiri Lemas Diperluaskan

4

Semasa 5 hari yang lalu

Air Keruh, Arus Deras Sukarkan Misi Kesan Kanak-Kanak Disyaki Lemas Di Tanjung Malim

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerjasama Malaysia-Indonesia Mudahkan Produk Sijil Halal Tembus Pasaran Kedua Negara

Politik 16 jam yang lalu

UMNO Perlu Dijenama Semula, Jadi Parti Masa Depan - Perwakilan

Semasa 1 hari yang lalu

Kasari Pemandu Wanita, Abang ‘Sado’ Dipenjara Seminggu

Semasa 16 jam yang lalu

Anwar Dikerumuni Penyokong Dinobat Foto Terbaik HKM, ‘Hadiah Untuk The Vibes’ – Sairien

oleh Farhana Farush dan Susan Albert