web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Waktu Kerja Fleksibel Bakal Dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 2:00PM

Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pindaan Akta Kerja 1955 berkaitan waktu kerja fleksibel adalah antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.

Beliau berkata pindaan berkenaan juga termasuk dalam beberapa pelan lain yang dirancang oleh kementerian itu dan pihaknya sedang mendapatkan maklum balas daripada semua agensi berkaitan untuk mengetahui peranan serta fungsi setiap jabatan dengan baik.

"Saya juga sedang lihat semua dasar-dasar sedia ada dan apa sahaja yang akan saya laksanakan itu akan dibuat selepas saya mendapatkan input. Mungkin saya akan mengambil masa kira-kira seminggu lagi untuk mendapatkan informasi.

"Saya harap perkara itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Kongres Tritahunan CUEPACS ke-29 sesi 2022-2025 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengulangi hasrat mereka untuk meminta kerajaan menaikkan gaji minimum penjawat awam daripada RM1,200 kepada RM1,800.

Adnan Mat - Gambar Bernama
Adnan Mat - Gambar Bernama

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata cadangan tersebut telah diutarakan sejak tiga tahun lalu, namun keadaan pandemik COVID-19 dan pertukaran kerajaan menyebabkan ia tidak dapat diteliti secara sempurna.

"Kami mohon kepada kerajaan untuk melihat semula gaji minimum tersebut kerana jumlah gaji tersebut amat jauh ketinggalan.

“Oleh itu sempena penubuhan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami cadangkan untuk lihat semula cadangan itu untuk meletakkan gaji minimum kepada RM1,800," katanya.

Terdahulu, lebih 2,000 penjawat awam dari pelbagai kesatuan seluruh negara hadir ke konvensyen yang dilaksanakan di SACC di sini, hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad