web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bantuan Segera RM10,000 Untuk Keluarga Mangsa Terkorban - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 10:41PM

Anwar berkata bantuan tersebut akan diselaraskan oleh kerajaan Selangor dan badan bukan kerajaan. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Bantuan segera sebanyak RM10,000 akan disalurkan kepada ahli keluarga setiap mangsa yang terkorban dalam insiden tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya, di sini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata, kerajaan turut memutuskan untuk memberikan bantuan sebanyak RM1,000 untuk mangsa lain yang terjejas dalam tragedi berkenaan.

Menurut beliau, bantuan tersebut akan diselaraskan oleh kerajaan Selangor dan badan bukan kerajaan (NGO). 

“Untuk (keluarga) mangsa yang meninggal dunia kita akan segerakan bantuan RM10,000 untuk permulaan dan RM1,00 bagi setiap keluarga mangsa yang lain.

“Saya percaya hal ini akan dapat diselaraskan oleh kerajaan negeri, NGO dan rakan-rakan (lain) yang membantu,” katanya pada sidang media di lokasi tanah runtuh, hari ini.

Difahamkan, bantuan tersebut akan disalurkan kepada ketua isi rumah sahaja.

Peruntukan bantuan itu pula akan disalurkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA) melalui Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau akan mengarahkan pegawai bertanggungjawab untuk menguruskan bantuan tersebut esok.

“Tetapi saya lebih bersetuju agar perkara ini diselaraskan oleh pasukan di bawah kerajaan negeri Selangor dan pegawai di sini dapat mengendalikan dengan lebih baik untuk pihak kerajaan Persekutuan.

“Kita akan dahulukan esok, InsyaAllah saya serah kepada Menteri Besar untuk uruskan sebaiknya,” katanya.

Anwar yang tiba sekitar jam 9.30 malam tadi diberikan taklimat berhubung operasi oleh agensi penguatkuasaan bertanggungjawab sebelum meninjau keadaan di lokasi kejadian.

Turut hadir Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Dalam kejadian itu, seramai 21 mangsa disahkan meninggal dunia akibat tertimbus di bawah runtuhan tanah yang berlaku kira-kira jam 2.30 pagi semalam.

Sementara itu, seramai 61 individu terselamat dengan beberapa daripadanya cedera dan sedang mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.

Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan rasa dukacitanya terhadap mangsa tragedi tanah runtuh tersebut yang membabitkan kanak-kanak dan golongan ibu.

“Ini satu tragedi bagi kita dan pelbagai pihak termasuklah Perdana Menteri Singapura menzahirkan rasa simpati terhadap semua mangsa,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad