web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Pekerjaan Luar Negara: 8 Rakyat Malaysia Dibawa Pulang Dari Dubai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 9:48PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Lapan warga Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah dibawa pulang hari ini dan diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu proses siasatan selanjutnya.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (KLN), Konsulat Jeneral Malaysia (KJM) di Dubai telah mengambil tindakan segera bagi membantu menyelamatkan mereka setelah menerima makluman berhubung perkara itu.

“KLN merakamkan penghargaan kepada pihak Kerajaan UAE atas bantuan dan kerjasama yang telah diberikan dalam membantu dan mempercepatkan proses penghantaran pulang kesemua mangsa.

“KLN turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri II atas keprihatinan dan bantuan yang diberikan bagi membawa pulang kesemua mangsa ke tanah air dengan selamat,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Wisma Putra dalam kenyataan berasingan berkata dua rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di sempadan Thailand-Myanmar baru-baru ini berjaya diselamatkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Bangkok dengan kerjasama PDRM dan pihak berkuasa Thailand.

Kedua-dua mangsa yang video mereka telah dimuat naik oleh Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) itu, kini sedang melalui proses siasatan dan perundangan sewajarnya di negara itu sebelum dihantar pulang ke tanah air, menurut kenyataan itu. 

“Dalam hal ini, Kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Bangkok akan terus memantau perkara ini bagi memastikan semua mangsa pulang ke Malaysia dengan segera. 

“KLN memandang serius isu ini dan Kementerian melalui Perwakilan-Perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa bersedia memberikan bantuan sewajarnya bagi membantu mereka yang menjadi mangsa sindiket,” menurut kenyataan itu. - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Media Beretika Tonggak Demokrasi, Perpaduan Negara - Fadillah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran