Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aktiviti Perkhemahan, Rekreasi Air Di Batang Kali Diarah Dihentikan Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 1:16PM

Ketika ini, seramai 363 anggota pasukan penyelamat dari 15 agensi terbabit menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, semua tapak perkhemahan dan kawasan rekreasi air di sekitar Batang Kali sudah diarah tutup serta-merta.

Beliau berkata, arahan itu susulan kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor pagi tadi yang menyaksikan 16 terkorban setakat ini.

Katanya, arahan sudah diterima Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah untuk mengeluarkan arahan keselamatan agar semua tapak perkhemahan dan kawasan rekreasi air ditutup sehingga diberitahu kelak.

“Tapak perkhemahan tidak boleh lagi menerima pelawat dan pengunjung juga tidak boleh ke kawasan sungai di sekitar sini,” katanya.

Pada masa sama, Saifuddin berkata, fokus utama misi pasukan penyelamat insiden tanah runtuh itu adalah mencari dan menyelamat mangsa yang masih terperangkap.

Ketika ini, seramai 363 anggota pasukan penyelamat dari 15 agensi terbabit menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Setakat ini 16 mangsa disahkan meninggal dunia.

“Sehingga jam 11.30 pagi tadi kita menumpukan pencarian terhadap mangsa yang dipercayai masih tertimbus.

“Berdasarkan rekod individu yang menyertai tiga kawasan tapak perkhemahan di sini, iaitu River Hilltop, Farmview dan Riverside Campsite adalah seramai 94 orang, termasuk pekerja,” katanya selepas meninjau lokasi kejadian.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan ada kemungkinan terdapat lebih daripada 94 mangsa terbabit dalam kejadian itu.

“Ini kita masih berusaha mendapatkan maklumat kerana ada kemungkinan peserta tapak perkhemahan ini terdiri daripada pasangan suami isteri yang berdaftar, namun dia tidak mendaftarkan anak kecil mereka,” katanya.

Menurutnya, pencarian turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) yang membawa enam ekor anjing.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengarahkan bantuan tambahan membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam membantu operasi SAR,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi ini dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang, BBP Genting Highlands, BBP Sentosa, BBP Ampang, BBP Pandan, BBP Kota Anggerik, BBP Kajang, BBP Andalas dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata, tanah runtuh berketinggian 30 meter berhampiran ladang organik itu menghempap tapak perkhemahan yang berdekatan dengan jalan.

“Maklumat awal pihak polis terdapat 100 orang yang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

“Ketika ini misi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilaksanakan bersama pasukan STORM,” katanya.

Usaha mencari dan menyelamat dibantu beberapa agensi, iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART). - Getaran, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu 

Semasa 6 jam yang lalu

Pemimpin Industri, Perniagaan Antarabangsa Nyata Minat Melabur Di Malaysia – PM

oleh Fida Ruzki

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pihak Berkuasa Jerman Rampas 4 Bugatti Dikaitkan Dengan Kes 1MDB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Arab Saudi Keluarkan Fatwa Haramkan Tunai Haji Tanpa Permit

oleh Fida Ruzki