web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Telur Ayam Dari India Tiba Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 12:53PM

Kemasukan sebagai fasa percubaan itu juga, bagi memastikan bekalan makanan terbabit yang diimport, menepati segala piawaian ditetapkan - Gambar ihsan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sudah membenarkan kemasukan telur ayam import dari India hari ini menerusi laluan udara bagi menampung kekurangan sumber bekalan makanan itu yang sedang dihadapi negara sejak beberapa bulan lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), kemasukan sebagai fasa percubaan itu juga, bagi memastikan bekalan makanan terbabit yang diimport, menepati segala piawaian ditetapkan.

Katanya, MAFS melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sudah melaksanakan kawalan kemasukan telur ayam import di pintu masuk secara ujian Hold, Test and Release (HTR) yang merangkumi ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) untuk pengesanan bakteria Salmonella, virus Newcastle Disease serta Avian Influenza.

“Pengujian dijalankan ini adalah bagi memastikan rakyat menerima telur ayam import yang selamat, bersih, halal dan bebas daripada segala penyakit, di samping melindungi industri penternakan negara.

“Segala protokol dan tatacara yang ditetapkan kerajaan juga sudah dipatuhi tanpa kompromi.

“Hasil ujian yang dilaksanakan MAQIS dan DVS mendapati, telur ayam yang diimport bebas daripada segala penyakit, selamat dan mematuhi segala piawaian ditetapkan bagi kegunaan pasaran negara,” katanya.

Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar adalah bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara dengan harga kompetitif
Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar adalah bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara dengan harga kompetitif

Kenyataan sama memaklumkan, sehubungan usaha itu, MAFS bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam daripada sumber luar dan kebenaran ini akan dikaji semula, apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil.

“Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar bukanlah untuk menekan pengusaha industri telur ayam tempatan.

“Sebaliknya bagi memastikan kecukupan bekalan telur ayam dalam negara dengan harga kompetitif, selaras hasrat Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutamakan kebajikan rakyat,” katanya.

Isu telur ayam tidak mencukupi di pasaran bukan perkara baharu, malah sering diperdebatkan pengguna, peniaga dan penternak.

Kini, masalah itu tercetus lagi sejak beberapa minggu lalu yang menyebabkan pelbagi pihak mempersoalkan apakah punca di sebaliknya.

Terdahulu, sebilangan peniaga, sama ada pengusaha kedai runcit dan premis makanan merungut apabila bekalan telur ayam di pasaran mengalami kekurangan stok yang berlarutan sejak lebih sebulan lalu.

Malah, bekalan telur ayam masih meruncing itu, memaksa beberapa pemborong mencatu jualan bagi membolehkan pengguna tidak terputus bekalan.

Sebelum ini, Getaran melaporkan, Pengarah Urusan ArisProp Holding Sdn Bhd, Datuk Haris Embong, iaitu penggiat bidang penternakan berkata, punca isu terbabit bermula apabila penternak atau pengusaha industri berkenaan tidak dapat menampung kos dengan harga jualan ditetapkan di pasaran.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan sesetengah pengusaha kecil terpaksa gulung tikar, terutama apabila tidak menerima subsidi.

“Pada asasnya pembekal telur ayam sudah berkurang kerana rata-rata pengeluar telur ayam kecil-kecilan menghentikan operasi mereka, manakala penggiat industri besar mengurangkan pengeluaran,” katanya.

Haris turut melahirkan kerisauan berhubung kesan dihadapi pengguna, penggiat perniagaan dan negara, jika isu terbabit gagal dibendung.

“Apa paling dibimbangkan adalah industri pedaging termasuk telur ayam akan ‘runtuh’,” katanya. - Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Trump Tiba Di Malaysia, Bawa Anwar Naiki ‘The Beast’ Ke KLCC

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakistan-India Diharap Mampu Cari Penyelesaian, Wujudkan Semula Keamanan - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad