web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh Di Batang Kali: PM, TPM, Menteri Akan Turun Pantau - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 10:54AM

Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan disampaikan sendiri kepadanya oleh perdana menteri ketika dihubunginya pagi tadi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa menteri akan turun memantau lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali yang berlaku awal pagi ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perkara berkenaan disampaikan sendiri kepadanya oleh perdana menteri ketika dihubunginya pagi tadi.

“Sebelum kami masuk ke dewan (perhimpunan kementerian pagi ini), saya sempat bercakap sebentar dengan perdana menteri dan memang telah dikerahkan beberapa menteri untuk turun ke lokasi, timbalan perdana menteri akan susuli dan insya-Allah perdana menteri akan susuli malam ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat Tahun Baharu ketika perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, hari ini.

Beliau turut menghentikan seketika perhimpunan berkenaan untuk bertafakur bagi mangsa kejadian tanah runtuh berkenaan.

Dalam insiden kira-kira 2 pagi itu, 100 individu dipercayai terperangkap dan ketika ini kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Fahmi berkata bantuan paling tepat yang boleh disumbangkan warga KKD ketika ini berkaitan insiden itu adalah dari segi menyampaikan berita yang benar dan sahih kepada masyarakat.

“Ini kerana macam-macam dalam sekelip mata boleh disampaikan melalui WhatsApp dan media sosial. Saya mulakan dengan peringatan semak sebelum sebar,” katanya.

Beliau berkata dua inisiatif di bawah KKD iaitu sebenarnya.my dan mycheck.my selain Jabatan Penerangan (Japen) memainkan peranan penting mengesahkan maklumat tular, yang kemudiannya disalurkan ke dalam sistem termasuk kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad