web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peka Rayuan Peniaga, Waktu Operasi Bazar Aidilfitri Dilanjut Sehingga 2 AM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2021 7:59PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Waktu operasi bazar Aidilfitri dilanjutkan sehingga 2 pagi bermula esok, kata Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut beliau, kebenaran itu adalah bagi membolehkan orang ramai mengunjungi bazar terbabit sebaik selesai menunaikan solat Tarawih.

Beliau berkata, pemantauan oleh pihaknya mendapati bazar terbabit hanya dikunjungi pelanggan selepas mereka menunaikan solat Isyak dan Tarawih.

"Jika waktu operasi dikekalkan sehingga jam 12 tengah malam sahaja, ia terlalu singkat untuk golongan peniaga," katanya pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya menerima rayuan daripada semua peniaga terlibat, yang meminta waktu operasi bazar dipanjangkan bagi memudahkan ia dikunjungi orang ramai tanpa perlu tergesa-gesa.

"Kerajaan mendengar rayuan dikemukakan penjaja bazar Aidilfitri supaya melanjutkan waktu berniaga mereka.

“Kita dimaklumkan di bulan Ramadan ini, peNgunjung bazar Aidilfitri keluar selepas solat Isyak dan Tarawih, jadi waktunya amat terhad kalau hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam," katanya. - Getaran, 23 April 2021 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad