web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gudang Simpan Stok Rokok Putih Elak Cukai RM2.76 Juta Diserbu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 8:20PM

Dalam serbuan itu, 3.24 juta batang rokok putih membabitkan cukai dianggarkan berjumlah RM2.76 juta berjaya dirampas. - Gambar ihsan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah gudang yang dijadikan ‘port’ penyimpanan rokok putih untuk bekalan stok pasaran Lembah Klang di kawasan Perindustrian Rawang, Selangor, diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Aidid Tajuddin berkata, dalam serbuan pada 31 Oktober lalu itu,  3.24 juta batang rokok putih membabitkan cukai dianggarkan berjumlah RM2.76 juta berjaya dirampas.

Menurutnya, rokok tersebut disimpan di aras bawah gudang dan ia dipercayai dibawa masuk menggunakan kontena dari kawasan pelabuhan utama negara.

Gambar ihsan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Gambar ihsan Jabatan Kastam Diraja Malaysia

“Hasil pemeriksaan rapi terhadap gudang terbabit telah menemukan muatan berisi 300 peti rokok putih disyaki tidak berkastam, mengandungi 3,240,000 batang rokok  dengaan anggaran nilai RM377,400 dan membabitkan cukai yang dianggarkan berjumlah RM2,175,500.

“Seorang suspek iaitu seorang lelaki warganegara tempatan yang bertindak sebagai penjaga premis telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya hari ini.

Aidid berkata, gudang tersebut dipercayai telah menjalankan aktiviti penyimpanan rokok selama tiga bulan dan disyaki menjadi pembekal utama di kawasan Lembah Klang kerana kuantiti rampasan agak besar dan kawasan yang strategik.

“Kes ini masih dalam siasatan untuk mengesan pemilik gudang atau kumpulan sindiket yang terlibat bagi tindakan selanjutnya.

“Pengimportan rokok putih memerlukan lesen import dan setem cukai yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam Malaysia di bawah Peraturan 42(1), Peraturan-Peraturan Kastam 2019,” katanya.

Beliau memberitahu, serbuan berasingan pada 15 November lalu pula berjaya mematahkan cubaan menyeludup sejumlah minuman keras yang disyaki tidak berkastam, melalui penahanan satu kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang.

“Hasil pemeriksaan ke atas kontena tersebut bersama wakil perkapalan menemukan sejumlah minuman keras yang mengandungi 16 peratus alkohol dan rampasan dagangan dianggarkan berjumlah 22,464 liter dan bernilai RM130,300, membabitkan cukai serta duti yang dianggarkan berjumlah RM864,000.

“Susulan daripada pemeriksaan tersebut, seorang lelaki warganegara tempatan yang bertindak sebagai ‘forwarding agent’ telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat di dalam Borang Kastam 1, dagangan tersebut diikrarkan sebagai ‘Sewing Trade, Adhesive Tape & Socks’ daripada negara jiran dan wakil perkapalan telah gagal mengemukakan dokumen berkaitan kelulusan pengimportan dagangan tersebut.

“Dagangan minuman keras tersebut diletakkan di bahagian belakang muatan kontena dan ruangan hadapan diletakkan ‘aerosol empty can’ bagi mengaburi mata pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, kedua-dua kes tersebut disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu di bawah Seksyen 135(1)(d) dan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. - Getaran, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

MAQIS Gagalkan Cubaan Bawa Masuk Daging Lembu Korban Dari Bangladesh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cubaan Seludup 69 Ekor Lembu Di Sempadan Malaysia-Thailand Tumpas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontena Israel Diarah Patah Balik Ke Thailand - Kastam Perlis

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad