web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bot Pelarian Rohingya Terkandas Di Kawasan SAR Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2022 9:27AM

Walaupun APMM menafikan kehadiran mana-mana kapal yang terkandas di perairan negara, kumpulan kemanusiaan mendakwa bot tersebut berada di wilayah mencari dan menyelamat Malaysia, iaitu lebih 600km di luar pesisir. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia harus memberi bantuan segera kepada bot yang terkandas membawa pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak di Laut Andaman kerana kehabisan makanan dan air.

Walaupun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menafikan kehadiran mana-mana kapal yang terkandas di perairan negara, kumpulan kemanusiaan mendakwa bot tersebut berada di wilayah mencari dan menyelamat (SAR) Malaysia, iaitu lebih 600 kilometer (km) di luar pesisir.

“Inilah sebabnya kami menyeru kerjasama serantau antara negara untuk menyelaraskan usaha SAR,” kata Pengerusi Kumpulan Kerja Jaringan Hak Asasi Pelarian Rohingya Asia Pasifik, Lilianne Fan kepada The Vibes.

Sejak akhir minggu lalu, Lilianne menjadi antara sebilangan besar aktivis hak asasi manusia yang menyeru kerajaan untuk melancarkan usaha SAR segera kerana lebih 150 pelarian di atas bot tersebut didakwa sudah meninggal dunia.

Media sebelum ini melaporkan, bot itu kali terakhir dilihat pada 388km dari Ranong, 352km dari Port Blair, dan 619km dari Langkawi.

Lilianne berkata, bagaimanapun ahli keluarga memaklumkan kumpulannya bahawa sejak 24 jam lalu, bot itu sudah tiba di lokasi baharu dan menerima sedikit bantuan, walaupun tidak jelas pihak yang memberi bantuan kepada mereka.

“Kami tidak dapat mengesahkan dari siapa mereka menerima bantuan.

“Terdapat laporan bahawa bot lain mungkin berada di perairan India. Kami sedang cuba mengesahkan maklumat pada masa ini,” katanya.

Pada Isnin, Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata, agensi itu tidak mengesan sebarang kapal yang membawa pelarian Rohingya di perairan negara, seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Tiada maklumat berhubung di mana kapal berkenaan terkandas seperti dilaporkan akhbar luar negara.

“Setakat ini, tiada kapal yang membawa pelarian Rohingya di perairan negara,” katanya kepada Harian Metro.

The Guardian melaporkan bahawa sekurang-kurangnya empat bot berlepas dari kem pelarian Rohingya di Bangladesh pada akhir November lalu dan menuju ke Malaysia dan Indonesia.

Pelarian yang menaiki salah satu daripada empat bot yang turut terkandas menerima bantuan di 458.7km ke selatan pantai Myanmar pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, pelarian yang diselamatkan telah diserahkan kepada tentera laut Myanmar, menimbulkan kebimbangan terhadap layanan seterusnya mereka oleh kerajaan junta.

Sementara itu, The Vibes telah menghubungi Wisma Putra untuk mendapatkan reaksi berhubung perkara tersebut.

Dalam satu kenyataan minggu lalu, Médecins Sans Frontières menggesa kerajaan Malaysia membenarkan pelarian yang mengalami kesan krisis kemanusiaan serantau berlepas dengan selamat dan melarikan diri untuk mencari keselamatan.

“Setelah berlepas, perlindungan pelarian, serta akses kepada penjagaan kesihatan dan perkhidmatan sokongan lain harus dijamin.

“Pelepasan yang selamat menghalang kehilangan nyawa Rohingya yang mengalami trauma, konflik dan diskriminasi akibat penafian kewarganegaraan di Myanmar selama beberapa dekad.

“Selain itu, golongan Rohingya tertakluk kepada keganasan yang menyasarkan mereka di Myanmar dan negara suaka lain,” katanya.

Sebelum ini ramai pelarian Rohingya yang mencuba perjalanan berbahaya merentasi Laut Andaman, dengan harapan untuk sampai ke Malaysia atau Indonesia telah didokumenkan.

Jumlah pelarian yang berbuat demikian meningkat setiap tahun apabila keadaan di Myanmar malah di kem pelarian di Bangladesh terus merosot. - The Vibes, 14 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tahanan Lolos Mula Keluar Cari Makan, 10 Berjaya Ditahan Semula - Ruslin

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jabatan Imigresen Asingkan Tahanan Etnik Rohingya, Elak Insiden Berulang

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Kem Sementara Di Bangladesh Terbakar, Ribuan Warga Rohingya Hilang Tempat Berteduh

4

Semasa 2 tahun yang lalu

121 Rakyat Malaysia Terkandas Tiba Di KLIA Dari Laukkaing, Myanmar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad