web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba Dirikan PKH Di Lokasi Kritikal Banjir Selangor, Percepat Misi Menyelamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 11:02AM

Norazam Khamis - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mendirikan tiga pusat kawalan hadapan (PKH) di lokasi kritikal berlakunya banjir, iaitu di Batu 14 dan Sungai Lui, Hulu Langat dan Taman Sri Muda di sini, sebagai langkah bagi mempercepatkan pergerakan operasi menyelamat.

Pengarahnya Datuk Norazam Khamis berkata inisiatif itu, dilaksanakan bagi menghadapi musim monsun timur laut pada tahun ini dan dibuat berdasarkan pengalaman banjir besar pada tahun lalu, ekoran masa yang lama diambil untuk bergerak dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi banjir, terutamanya ke Taman Sri Muda.

Malah beliau berkata tempoh perjalanan ke lokasi bencana turut bertambah, apabila anggota bomba juga terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan perlu membawa aset seperti bot.

“Kita bersedia dari sekarang dengan dirikan khemah dan tempatkan anggota bomba, jentera dan bot di PKH. Jadi kita berada lebih dekat dengan lokasi contohnya di Taman Sri Muda, kita boleh tiba ke lokasi dalam lima minit berbanding tempoh masa yang boleh mencecah lebih 30 minit untuk ke lokasi dari BBP, jika jalan sesak,” katanya kepada Bernama.

“PKH ini beroperasi sejak bulan lepas dan beroperasi selama 24 jam dengan anggota yang bertugas bertukar silih ganti setiap 12 jam. PKH ini dibuka secara sementara sehingga tamat musim monsun timur laut,” katanya.

Norazam berkata PKH tersebut turut dilengkapi dengan aset bomba seperti kereta pacuan empat roda, bot dan jentera bomba bagi tujuan operasi menyelamat segera.

Selain itu katanya pihak bomba turut bekerja sama dengan syarikat lantikan kerajaan negeri seperti KDEB Waste Management (KDEBWM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“KDEBWM menyediakan kemudahan seperti khemah manakala PBT seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan keperluan asas seperti bekalan air, tandas bergerak kerana kami bersiap siaga dalam tempoh lama di lokasi tersebut.

“Jika bencana (banjir) berlaku, mereka (PBT) melalui Skuad Pantas akan terus ke PKH dan menyokong operasi kami,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: 8 Anggota Tambahan Sertai Operasi SAR Gunung Batu Putih - KP JBPM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad