web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MB Perlis Adakan Pertemuan Dengan Anwar, Bincang Pembangunan Perlis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 5:40PM

Mohd Shukri Ramli (kiri) hari ini mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan di sini bagi membincangkan isu berkaitan pembangunan Perlis. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan di sini bagi membincangkan isu berkaitan pembangunan Perlis.

“(Ini pertemuan) biasa sahaja, (bincang) masalah kerajaan negeri Perlis,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada Bernama selepas pertemuan lebih satu jam itu.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai projek pembangunan di negeri Perlis.

“Pertemuan baik… Alhamdulillah, banyak sokongan daripada Perdana Menteri,” katanya.

Terdahulu, Anwar tiba di Kementerian Kewangan pada 9.53 pagi bagi memulakan tugasnya disusuli dua timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong yang turut memulakan tugas secara rasmi hari ini.

Semalam, Anwar berkata beliau akan ke Kementerian Kewangan hari ini bagi meneliti perkara berkaitan kelulusan projek secara rundingan terus. 

Pada 6 Dis lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengarahkan supaya kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender, diteliti semula.

Anwar dalam hantaran di laman Facebook rasminya hari ini berkata pertemuan dengan Mohd Shukri adalah bagi membincangkan isu terkait aspek pembangunan dan kemakmuran negeri Perlis.

“Semoga kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan negeri terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat,” katanya yang turut memuat naik dua gambar yang diambil semasa pertemuan dengan Mohd Shukri di Kementerian Kewangan. 

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 Nov selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis pula mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau pada 22 Nov lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

MB Perlis Letak Jawatan, Beri Alasan Masalah Kesihatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa Anak Lelaki: MB Perlis Beri Keterangan Di SPRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

4

Politik 2 tahun yang lalu

 10 Lagi Ahli Parlimen BERSATU Dijangka Sokong Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam