web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cuti Umum, Cuti Sekolah Punca Kesesakan Di Pejabat Imigresen KL, Putrajaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2022 2:22PM

Khairul Dzaimee Daud menasihatkan orang ramai mencari alternatif untuk memohon pasport di pejabat Imigresen yang terletak di luar Lembah Klang yang kurang sesak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kesesakan luar biasa yang berlaku di pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen di Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini, adalah berpunca daripada penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh Selangor kerana cuti umum dan cuti sekolah.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menasihatkan orang ramai mencari alternatif untuk memohon pasport di pejabat Imigresen yang terletak di luar Lembah Klang yang kurang sesak.

Beliau berkata antara pejabat permohonan pasport berdekatan dan kurang kesesakan adalah di Seremban, Melaka, Cameron Highlands dan Raub di Pahang, Pengkalan Hulu (Perak), Mersing dan Kukup (Johor) serta Kangar di Perlis.

Selain itu, katanya urusan permohonan pasport selepas ini, boleh dibuat di pejabat permohonan pasport di Kuala Langat dan Kuala Kubu Bharu di Selangor kerana dikenal pasti kurang sesak. 

“Bagi mereka yang tidak mempunyai keperluan mendesak atau kecemasan, diminta supaya menangguhkan dahulu urusan permohonan pasport dan memohon di luar waktu puncak,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Khairul Dzaimee turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sikap menunggu hingga ke saat akhir dan perlu merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Jabatan Imigresen melalui aplikasi TikTok rasminya hari ini memuat naik video berdurasi 51 saat memaparkan keadaan kesesakan luar biasa di pejabat permohonan pasport di Putrajaya. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad