web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Kejadian Culik, Ambil Organ Manusia Di Johor - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 9:42PM

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 11 saat menerusi platform TikTok yang mendakwa terdapat kejadian penculikan, mengambil dan menjual organ manusia di hospital di Johor, sejak awal Oktober - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) hari ini menafikan dakwaan berlakunya kejadian penculikan, mengambil dan menjual organ manusia kepada pihak hospital di Johor, Oktober lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata satu laporan polis diterima kira-kira 12.27 tengah malam tadi berhubung satu hantaran video berunsur fitnah yang dimuat naik menerusi satu akaun media sosial.

"Kenyataan itu adalah palsu dan berunsur fitnah dan kita tidak menerima sebarang laporan berhubung penculikan dan penjualan organ seperti didakwa dalam hantaran tersebut.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan tidak menyebarkan sebarang kenyataan yang tidak pasti kesahihannya," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook Polis Daerah JBS, hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 11 saat menerusi platform TikTok yang mendakwa terdapat kejadian penculikan, mengambil dan menjual organ manusia di hospital di Johor, sejak awal Oktober.

Raub berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM50,000, setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, kesalahan juga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

3

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad