web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 10:15AM

Seorang wanita meredah air yang melimpahi jalan ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi semasa tinjauan di Kampung Gong Tok Nasek semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 339 orang daripada 91 keluarga pagi ini, berbanding 324 orang daripada 87 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Besut dan Setiu.

“Di Kuala Nerus sebanyak dua PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal yang menempatkan 126 mangsa daripada 33 keluarga dan SK Bukit Nanas seramai 72 mangsa daripada 17 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan berkenaan turut memaklumkan di Kuala Terengganu sebanyak dua PPS dibuka iaitu SK Chendering yang menempatkan 34 mangsa (10 keluarga) dan SK Atas Tol seramai 63 mangsa (20 keluarga).

Di Setiu, dua PPS dibuka iaitu SK Kampung Seri Kasar yang menempatkan 16 mangsa (empat keluarga) dan Balai raya Kampung Bukit Mak Som seramai 14 mangsa (dua keluarga) manakala di Besut pula seramai 14 mangsa (lima keluarga) ditempatkan di Surau Taman Perumahan Bukit Cina.

Berdasarkan data yang dikongsi JPS melalui laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my setakat ini, tiada sungai di negeri ini yang melepasi paras bahaya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Maut Di Pelantar Minyak: ‘Hanya Allah Yang Tahu Perasaan Saya Ketika Ini’ - Isteri Mangsa

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Kemalangan Di Pelantar Minyak: PETRONAS Sahkan 3 Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam