web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Armada Timur Harap LCS, LMS Jadi Keutamaan Kerajaan Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 8:35PM

Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan beberapa aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjalankan Latihan Eksesais Operasi Laut (Operational Sea Training Exercise) (OSTEX) Siri Ketiga di perairan Sandakan hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) dan perolehan kumpulan kedua kapal misi pesisir (LMS) diharap menjadi keutamaan kerajaan baharu bagi memantapkan kemampuan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) khususnya di Armada Timur mempertahankan perairan negara.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali menjelaskan kapal yang terdapat di Armada Timur ketika ini ialah kapal yang hanya mempunyai keupayaan untuk meronda, dan bukan kapal untuk tujuan bertempur.

Beliau berkata Armada Timur kini tidak mempunyai kapal perang yang mampu bertempur dalam peperangan maritim sekiranya berlaku sebarang konflik, justeru LCS dan LMS amat diperlukan pada masa ini untuk memenuhi keperluan berkenaan.

"TLDM telah banyak kali menyuarakan hasrat untuk memperoleh aset baharu melalui Pelan Transformasi '15-to-5' yang tergendala disebabkan kelewatan penyiapan LCS dan TLDM amat mengharapkan LMS kumpulan kedua menjadi kenyataan dalam Pelan Pusingan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau Latihan Eksesais Operasi Laut (OSTEX) siri ketiga di perairan Sandakan dekat sini hari ini.

OSTEX siri ketiga dan terakhir tahun ini dilaksanakan sejak 2 Dis lepas dan dijadualkan tamat pada Ahad ini (11 Dis).

Pelan Transformasi '15-to-5' ialah pelan penyusunan semula kelas kapal daripada 15 kelas kepada lima agar lebih efektif untuk diselenggara.

Sabri berkata aset TLDM Armada Timur telah usang dengan aset termuda berusia 12 tahun, selain sistem persenjataan kapal yang telah lapuk.

Sementara itu, beliau juga memberitahu TLDM telah menerima tiga Helikopter Operasi Maritim (HOM) manakala baki lima HOM akan diperoleh secara berperingkat.

"Penggunaan helikopter ini bukan hanya untuk pengangkutan anggota Pasukan Khas Laut (Paskal), tetapi juga digunakan untuk pengawasan di perairan Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan yang amat luas.

“Keadaan ini memerlukan kehadiran helikopter bagi meningkatkan lagi kecekapan pengawasan kita di maritim negara," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kapal Tempur Pesisir Pertama Dijangka Turun Ke Air Pertengahan Tahun Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Jangan Alih 'Tiang Goal' Isu Sebenar LCS, Permohonan MUDA Bersama PH Perlu Dinilai

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Prosiding LCS: PAC Rakam Keterangan 3 Saksi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad