web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bantahan Awal Pendakwaan Berhubung Permohonan Siti Bainun Didengar 4 Januari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 4:11PM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 Januari untuk mendengar bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan Siti Bainun Ahd Razali supaya dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella yang dihadapinya disemak semula.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili pengasas Rumah Bonda itu memberitahu mahkamah bahawa bantahan awal yang difailkan oleh pendakwaan pada 1 Disember lepas telah diserahkan kepada pembelaan pada 5 Disember.

Mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan masing-masing dalam tempoh dua minggu.

Dalam notis usul yang difailkan pada 30 November lepas dengan menamakan Pendakwa Raya selaku responden, Siti Bainun memohon untuk menyemak dua pertuduhan tersebut apabila Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi tidak mempertimbangkan isu berkenaan pertuduhan-pertuduhan itu yang didakwa defektif (cacat) dan prejudis ketika memerintahkannya membela diri.

Siti Bainun selaku pemohon mendakwa, perintah Hakim Mahkamah Sesyen itu untuk memanggilnya membela diri pada 24 November lepas adalah batal dan tidak sah kerana gagal menilai kecacatan pertuduhan-pertuduhan di dalam penghakiman yang dibacakan di mahkamah terbuka pada hari berkenaan (24 November).

Terdahulu, Nur'Aminahtul Mardiah memberitahu mahkamah bahawa kehadiran anak guamnya dikecualikan hari ini kerana dia diberi sijil cuti sakit selama 22 hari bermula 28 November kerana masalah kesihatan.

Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, perbuatan itu membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan, Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Bantah Keras Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Tun M - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Salah Guna Kuasa: Rayuan Pendakwaan Terhadap Pembebasan Muhyiddin Ditetapkan 28 Februari

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sorotan Kes Ahli Politik Digugurkan Mahkamah: Daripada Lim Guan Eng Hingga Muhyiddin Yassin 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan