web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kes Salah Guna Kuasa: Rayuan Pendakwaan Terhadap Pembebasan Muhyiddin Ditetapkan 28 Februari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 2:51PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 28 Februari tahun depan untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta berkaitan projek Jana Wibawa.

Pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron hari ini menetapkan 28 dan 29 Februari untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan itu.

Ini disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Chetan Jethwani yang mewakili Muhyiddin, ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Wan Shaharuddin berkata, Mahkamah Sesyen sudah menetapkan 29 Nov untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penangguhan sementara prosiding bagi tiga lagi pertuduhan dihadapi bekas perdana menteri itu di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) sementara selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 15 Ogos lalu, hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan selepas beliau memutuskan pertuduhan itu kabur dan tidak berasas. Beliau kemudiannya melepas dan membebaskan Muhyiddin.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan notis rayuannya pada hari yang sama.

Muhyiddin, 76, didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri ketika itu dan presiden Bersatu untuk mendapatkan suapan daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd, dan juga daripada Datuk Azman Yusoff, untuk parti itu. 

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Selain empat pertuduhan itu, Muhyiddin juga menghadapi dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank Bersatu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral, di sini, antara 25 Feb dan 16 Julai 2021, dan antara 8 Feb dan 8 Julai 2022.

Beliau juga didakwa atas satu pertuduhan menerima dana RM5 juta, daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang merupakan hasil daripada aktiviti menyalahi undang-undang di cawangan Ambank Amcorp Mall di Jalan Persiaran Barat, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Januari tahun lepas. Dana itu didakwa dikreditkan ke dalam akaun parti di Ambank.

Dalam permohonan untuk perintah penangguhan, pihak pendakwaan berkata terdapat alasan yang kukuh untuk mewajarkan prosiding di Mahkamah Sesyen ditangguhkan.

Pihak pendakwaan berkata, jika prosiding di Mahkamah Sesyen dibenar diteruskan, rayuannya (pendakwaan) akan menjadi tidak jelas jika terdapat sebarang permohonan interlokutori difailkan untuk mengetepikan tiga pertuduhan lain yang berkaitan dengan empat pertuduhan itu.

Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa Muhyiddin tidak akan diprejudis sekiranya Mahkamah Sesyen mengekalkan status quo sehingga rayuan pihak pendakwaan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad