web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usaha Asing Kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya Bermula, ‘Harap Membuahkan Hasil’ - Azalina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2022 5:12PM

Azalina mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara (ACG) semalam. - Gambar dari Facebook Azalina Othman Said

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said memulakan langkah pertama ke arah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

Menurutnya, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang diketuai Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk berbincang mengenai perkara tersebut, semalam.

Katanya, berikutan perbincangan ini, AGC akan menyediakan satu kertas pelan pengubahsuaian jabatan tersebut.

“Ini langkah pertama ke arah pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Saya berharap kerjasama baik antara AGC dan pihak kami akan membuahkan hasil secepat mungkin, Insya-Allah,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pengasingan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya adalah antara tumpuan utama Azalina.
Pengasingan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya adalah antara tumpuan utama Azalina.

Terdahulu, Azalina berkata, tumpuan utamanya selepas dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Undang-undang dan Reformasi Institusi) adalah untuk menyemak semula undang-undang yang sudah lapuk serta membuat pindaan diperlukan agar ia relevan pada masa ini.

Jelasnya, antara contoh adalah pengasingan kuasa antara peguam negara dan pendakwa raya untuk memelihara kebebasan budi bicara pendakwa raya.

“Saya juga akan memastikan isu berkaitan undang-undang dan reformasi institusi yang tertunggak, termasuk status kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warga Malaysia akan diteruskan.

“Dan jika perlu, undang-undang sedia ada dipinda untuk mengembalikan hak kesaksamaan kepada rakyat yang terpinggir mengikut lunas-lunas Perlembagaan Malaysia, dan yang tidak diberi layanan sama rata di negara kita,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan terdahulu memaklumkan masih mengkaji implikasi kepada cadangan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya meskipun banyak negara lain termasuk negara Komanwel telah berbuat demikian.

Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sebanyak 19 undang-undang sedia ada termasuk Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi tujuan tersebut.

Selain itu, perkara berkenaan juga melibatkan kos yang memerlukan penambahan kepada perbelanjaan kerajaan.

"Apabila diasingkan, Peguam Negara perlu ada pejabatnya sendiri, perpustakaan, staf serta penasihat sendiri kerana tidak lagi boleh berkongsi dengan pendakwa raya.

"Kita juga tidak tahu berapa juta diperlukan setahun untuk membiayai perkara ini," katanya.

Ujarnya, beliau secara secara peribadi menyokong cadangan pengasingan kuasa itu namun kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat. – Getaran, 7 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad