web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15 Berlangsung Aman, Rakyat Malaysia Semakin Matang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 1:30PM

Acryl Sani memeriksa perbarisan sempena Perhimpunan Bulanan PDRM di Dataran Kompleks 3, Cawangan Khas Bukit Aman, hari ini. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu menunjukkan rakyat Malaysia semakin matang dalam menjalankan tanggungjawab, tanpa perlu mengakibatkan situasi yang mampu mengancam keselamatan seperti di negara asing, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat berpuas hati dengan perjalanan PRU-15 kali ini yang berlangsung dalam suasana tenang.

Menurutnya, semua itu adalah hasil kematangan masyarakat dalam berpolitik dan disiplin tinggi warga PDRM, ketika menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai rakyat Malaysia.

Acryl Sani (tengah) pada majlis Perhimpunan Bulanan PDRM.
Acryl Sani (tengah) pada majlis Perhimpunan Bulanan PDRM.

"Terima kasih juga diucapkan kepada rakyat Malaysia, termasuklah ahli politik dan penyokong parti yang memberikan kerjasama baik bagi membolehkan perjalanan PRU-15 berlangsung dengan penuh tertib dan tenteram.

"Kelancaran proses ini menunjukkan masyarakat semakin matang dalam menjalankan tanggungjawab mereka, tanpa perlu mengakibatkan situasi yang mampu mengancam keselamatan seperti berlaku di negara asing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan PDRM anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Jenayah (JSPT) Bukit Aman di Dataran Kompleks 3, Cawangan Khas Bukit Aman, hari ini.

Penerima penghargaan pada Perhimpunan Bulanan PDRM.
Penerima penghargaan pada Perhimpunan Bulanan PDRM.

Acryl Sani turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas PDRM termasuk JPST kerana memberikan komitmen yang terbaik sepanjang PRU-15 berlangsung.

"Alhamdulillah, PRU kali ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden besar yang boleh mencetuskan kacau ganggu ketenteraman awam.

"Tahniah diucapkan kepada semua kerana berjaya melaksanakan tugas serta amanah yang diberikan dengan begitu cemerlang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Acryl Sani berkata, sebanyak RM10.37 juta kutipan saman diperoleh sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, hasil daripada pembukaan 37 kaunter Diskaun Saman 50 Peratus di seluruh negara.

"Saya turut memuji tindakan JSPT melaksanakan sistem pembayaran saman secara 'cashless' (tanpa tunai) dan digital melalui portal serta aplikasi 'MyBayar Saman' yang memberikan kemudahan untuk orang ramai menjelaskan saman tertunggak mereka," katanya.

Menurutnya, dalam tempoh Januari hingga Oktober lalu, seramai 105,260 pengguna menjelaskan kompaun saman menggunakan aplikasi MyBayarSaman membabitkan jumlah kutipan sebanyak RM49.6 juta.

"Syabas dan tahniah diucapkan kepada JSPT atas inisiatif ini, yang jelas mendokong usaha pembangunan digital negara, sekali gus memudahkan urusan pembayaran saman tertunggak oleh orang ramai," katanya. - Getaran, 6 Disember 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar