web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sivaraj Akan Dipertimbang Peranan Dalam Kerajaan Perpaduan - Saifuddin Nasution

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 9:00AM

Saifuddin Nasution - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULIM - Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Padang Serai Datuk C Sivaraj akan dipertimbang untuk diberikan peranan yang sesuai dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Sivaraj sebelum ini bersetuju memberi laluan dan menyokong tanpa syarat calon PH untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di kawasan itu, 7 Disember ini.

“Penarikan diri Sivaraj (daripada bertanding dalam PRU15 Padang Serai) dibuat tanpa syarat. Tapi saya yakin sebagai tokoh muda sudah tentu saudara Sivaraj ini layak untuk mendapat tempat.

“Dalam sebuah kerajaan baharu seperti ini tentu sahaja tokoh-tokoh muda sebegini akan ada tempat selayaknya yang akan kita pertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah mega PH di sini malam ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Sivaraj dan calon PH Dr Mohamad Sofee Razak. 

Mengulas mengenai penarikan diri Sivaraj daripada pilihan raya itu, Saifuddin Nasution berkata ia dibuat selepas perbincangan PH dengan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, antara asas yang dikemukakan PH untuk penarikan diri calon BN itu adalah keputusan PH sebelum ini yang bersetuju memberi laluan kepada calon BN di pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Pahang.

“Jadi dalam spirit kerajaan gabungan yang ada dalam kedua-dua blok ini di Tioman PH tarik diri, (manakala) di Padang Serai ini Sivaraj tarik diri dan saya tegaskan berulang kali tanpa syarat apa-apa, seperti mana penarikan di Tioman dibuat tanpa syarat,” katanya.

Jumaat lepas, Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan bahawa calon BN memberi laluan kepada calon PH untuk PRU15 Padang Serai 7 Disember ini.

Mengulas mengenai tindakan Anwar melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan yang dipertikai banyak pihak, Saifuddin Nasution yang juga Menteri Dalam Negeri berkata nama-nama dicadang dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dibuat mengikut proses serta mengambil kira semua perkara.

“Satu keputusan sudah tentu mengundang pro dan kontra...kita yakin dengan pengalamannya dia (Anwar) mampu untuk memimpin kementerian yang penting ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Program DPP Tidak Bermakna Pelarian Terus Menetap Di Malaysia - Saifuddin

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam