web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Biarpun Sibuk, Anwar Cuba ‘Curi’ Masa Balas Komen Twitter

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 9:49AM

Anwar menerima aduan daripada netizen yang mengatakannya jarang menjawab ciapan mereka. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa beliau akan cuba mencari masa untuk membalas komen netizen di laman sosial, Twitter.

Perdana Menteri berkata, ketika ini, beliau menerima aduan daripada netizen yang mengatakannya jarang menjawab ciapan dihantar mereka.

Anwar memaklumkan, perkara itu disebabkan tanggungjawabnya semakin banyak sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Ramai mengadu saya jarang jawab tweet (ciapan). Tanggungjawab kian bertambah, tapi saya masih ikuti komen teman-teman di Twitterjaya.

“InshaAllah, saya akan cuba cari ruang dan balas tweet kawan-kawan semua,” ciapnya menerusi Twitter tengah malam tadi.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira dan menyambut baik ciapan Anwar.

Ada juga pengguna Twitter yang bergurau dengan status dimuat naik Perdana Menteri itu dan lebih menarik perhatian apabila Anwar membalasnya.

“Ya betul, semenjak jadi mr president (Perdana Menteri), kamu eksen (sombong) ya, jawab salam saya Datuk Seri,” gurau seorang pengguna, Irfan.

“Salam Saudara, maaf,” jawab Anwar.

Irfan kemudian mendoakan Ahli Parlimen Tambun itu dipermudahkan urusan.

“Saya ‘pinned’ (semat) tweet ini datuk seri, semoga urusan datuk seri dipermudahkan, perjuangan diutamakan, amin ya Allah,” katanya.

Malah, Anwar dilihat membalas ciapan daripada beberapa netizen lain.

“Tengok bola tak malam ni,” soal Megat.

“Belum sempat. You (kamu) team (pasukan) mana?,” jawab Anwar sebelum Megat memaklumkan dia menyokong Jepun.

Setakat dimuat naik pada jam 12 tengah malam tadi, hantaran Anwar itu menerima lebih 10,000 tanda suka hingga jam 9.30 pagi ini. - Getaran, 4 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad