web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dong Zong Melampau, Gelojoh, Berani Desak Sijil UEC Diiktiraf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 8:20PM

Zulkifli Yahya berkata, desakan itu membuktikan Dong Zong sanggup berbuat apa sahaja demi menjulang agenda mereka untuk direalisasikan kerajaan Persekutuan - Gambar Facebook Cikgu Zulkifli Yahya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Desakan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) adalah tindakan gelojoh. 

Setiausaha Agung Parti Berjasa Malaysia (BERJASA), Zulkifli Yahya berkata, desakan itu membuktikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan sanggup berbuat apa sahaja demi menjulang agenda mereka untuk direalisasikan kerajaan Persekutuan. 

Menurutnya, Dong Zong sejak dahulu memilih bergerak sendiri dan tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang usaha penyatuan sistem pendidikan kerajaan.

“Dong Zong, misalnya yang ditubuhkan sejak 1954 menjadi jurucakap pendidikan kaum Cina yang disambut parti politik seperti MCA, DAP dan Gerakan untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi.

“Sedangkan, sistem pendidikan nasional sedia ada sudah berjaya menerapkan budaya rakyatnya, menjulang prinsip tersendiri dan mengangkat martabat negara sebagai satu identiti masyarakat majmuk.

“Mengapakah sistem pendidikan luar perlu dibenarkan masuk secara rasmi ke dalam kancah pendidikan negara? Saya yakin seribu satu alasan mampu diutarakan DAP dan konconya,” katanya menerusi kenyataan. 

Terdahulu, Dong Zong memohon pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) dibincang secara rasional, berikutan ia membabitkan isu akademik.

NGO berkenaan menerusi kenyataan berkata, pihaknya memahami kebimbangan masyarakat Melayu dan atas dasar itu, ia sudi berdialog serta berbincang dengan pelbagai lapisan masyarakat untuk meningkatkan pemahaman mengenai UEC, selain menggalakkan muafakat supaya isu pendidikan dapat didalami secara rasional dan pragmatik.

Pada masa sama, Dong Zong menyebut, semua kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), termasuk mata pelajaran Sejarah digubal dengan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Katanya, kurikulum SMPC juga menetapkan bahasa kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan keadaan kepelbagaian pendidikan di negara ini.

Sebelum ini, Dong Zong sekali lagi membangkitkan desakan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH, dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.

Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan apabila beberapa pihak dilaporkan meminta supaya Dong Zong tidak rakus dalam membuat tuntutan berkenaan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, lebih 60 tahun UEC tidak mendapat hak pengikitirafan di Malaysia berikutan silibusnya bertentangan dengan sistem Kementerian Pendidikan.

Tegasnya, sejak negara merdeka pada tahun 1957, kerajaan menyeru agar semua sekolah termasuk sekolah agama dan sekolah Cina, melakukan penyerahan tanah, aset serta semua hak terhadap harta sekolah kepada kerajaan.

“Sebagai balasan, segala pembiayaan berkaitan pembangunan dan sukatan pembelajaran akan diselia penuh kerajaan.

“Namun, terdapat segelintir masyarakat Cina yang menentang usaha ini kerana dilihat sebagai ancaman akibat penyerahan hak secara total kepada kerajaan,” katanya. 

Bagaimanapun, Zulkifli mengingatkan pelbagai pihak bahawa sistem pendidikan negara tidak pernah mendiskriminasi mana-mana kaum, malah jauh sekali menghalang pembelajaran bahasa ibunda lain.

“Bangsa Melayu sudah banyak bertoleransi demi keamanan dan kemakmuran masyarakat majmuk yang dijadikan sebagai identiti nasional,” katanya. 

Selain itu, Zulkifli mengingatkan bahawa jangan kerana sifat toleransi berkenaan, ia memakan diri sendiri kerana hanya merugikan anak bangsa generasi masa hadapan.

“Perpaduan diimpikan akan wujud sekiranya semua pihak menggunakan sistem pendidikan yang satu sebagai medium perpaduan nasional,” katanya. - Getaran, 3 Disember 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar Cenderung Cederakan Diri, PKHEM Sekolah Didakwa Bersikap Melampau

2

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Sijil UEC: Tak Perlu Iktiraf, Ia Berkiblatkan Negara Lain, Ada Kelompongan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Palsu! Ciapan Kerajaan Beri Pengiktirafan UEC Bukan Dimuat Naik PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Amaran Kepada Ketua Hakim Melampau, Belum Pernah Berlaku - Rais Yatim

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad