web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Anggota Kabinet Diumum Anwar Angkat Sumpah Sebagai Senator

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 10:19AM

(Dari kiri) Tengku Zafrul, Saifuddin Nasution, Rais, Zambry dan Mohd Na’im. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat individu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi untuk menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajui beliau, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara sebentar tadi.

Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Individu itu adalah Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dilantik Menteri Dalam Negeri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (Menteri Luar Negeri) dan Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk portfolio Agama.

Majlis Mengangkat Sumpah itu dibuat selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat (4)(1) dan 4(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara dan mengikut Jadual Keenam, Perlembagaan Persekutuan.

Syarat dikenakan di bawah Perkara 43 (2)(b), Perlembagaan Persekutuan juga menyatakan seseorang Menteri hendaklah menjadi Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

Rais ketika menyampaikan ucapan berkata, kesemua Senator itu diminta untuk meneliti kembali senarai tugas kolektif untuk capaian utama masing-masing mulai tahun 2023.

Beliau turut berharap agar mereka memperkasa kembali Reformasi Institusi Parlimen yang sudah diusahakan hampir setahun setengah dengan menumpukan kepada dua akta penting.

Katanya, dua akta penting yang turut memerlukan pindaan itu adalah Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dan Akta Kuasa dan Keistimewaan Majlis Parlimen 1952.

“Cadangan dan kertas Kabinet sudah disediakan sebelum Parlimen ditangguhkan tempoh hari,” katanya.

Pada masa sama, Rais berkata, satu-satunya hal yang baik untuk diingati adalah Senator yang dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri juga ‘juara terbaik’ bagi membela dan menegapkan institusi Senat sebagai Badan Legislatif tertinggi negara.

Dalam ucapannya, beliau turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Malah, beliau berharap agar Malaysia akan terus dipacu kecemerlangannya di bawah pentadbiran Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

“Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob atas sumbangan dan budi dicurahkan sepanjang beliau memegang tampuk pemerintahan,” katanya. - Getaran, 3 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam