web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tiada Masalah Nama Tak Tersenarai, Sedia Berkhidmat Kapasiti Lain - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 2:56PM

Guan Eng berkata keutamaannya adalah bagi memastikan bahawa Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar boleh terus berfungsi dan kekal stabil. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP, Lim Guan Eng bersikap terbuka sekiranya tidak disenaraikan dalam Kabinet dan menyerahkan perkara berhubung pemilihan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan berhubung pelantikan anggota Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri.

Malah, katanya, apa yang lebih penting buat masa ini adalah penubuhan Kabinet untuk menggerakkan masa depan negara.

“Saya ditanya berulang kali oleh media mengenai spekulasi bahawa saya tidak akan berada dalam Kabinet.

“Pelantikan Kabinet adalah prerogatif Perdana Menteri. Sama ada saya berada dalam Kabinet atau tidak adalah perkara kedua kerana apa lebih penting, masa depan negara kita tidak diketepikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Guan Eng berkata, pendirian beliau adalah bersedia untuk berkhidmat dalam apa sahaja kapasiti asalkan ia memenuhi kepentingan negara yang lebih besar.

Menurutnya, keutamaan juga adalah bagi memastikan bahawa Kerajaan Perpaduan dipimpin Anwar boleh terus berfungsi dan kekal stabil terhadap kuasa ekstremis yang cuba melemahkan serta menjatuhkannya.

Beliau berkata, PH sememangnya layak berada dalam kerajaan Persekutuan, selepas memenangi kerusi paling banyak dan undi popular terbesar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Bersama Barisan Nasional (BN) serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak, Kerajaan Perpaduan ini mempunyai majoriti kukuh yang mewakili kehendak rakyat, bukan sahaja satu kumpulan, malah setiap rakyat Malaysia dalam latar belakang masyarakat kita yang pelbagai.

“Inilah Kerajaan Perpaduan Malaysia,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, wujud spekulasi bahawa nama Guan Eng tidak disenaraikan dalam Kabinet diterajui Anwar, manakala Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bakal memegang jawatan Jemaah Menteri.

Ketika pentadbiran kerajaan PH, Guan Eng dilantik sebagai orang nombor satu Kementerian Kewangan.

Spekulasi itu dikatakan berpunca daripada gesaan pelbagai pihak, termasuk Pengerusi BERSIH, Thomas Fann seperti dilaporkan media yang mengingatkan Perdana Menteri supaya tidak melantik mana-mana individu mempunyai kes mahkamah sebagai anggota Kabinet bagi mengelakkan ia menjadi isu memburukkan situasi.

Antara individu dimaksudkan adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan masih menjalani perbicaraan atas 47 pendakwaan rasuah yang dikatakan bakal diletakkan sebagai Timbalan Perdana Menteri; Lim Guan Eng’, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Benar, seseorang tidak bersalah hingga dibuktikan. Maka biarkan mahkamah membuktikannya.

“Kita tidak akan sengsara tanpa jasa mereka,” kata Thomas. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

2

Politik 2 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar