web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Tiba Di Istana Negara Untuk Menghadap Agong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 9:27AM

Anwar dipercayai akan mempersembahkan senarai nama cadangan Menteri Kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara di sini pada jam 8.22 pagi tadi untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut ciapan Bernama menerusi Twitter, beliau dipercayai ke Istana Negara bagi mempersembahkan senarai nama cadangan Menteri Kabinet kepada baginda.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada satu acara di Sungai Long, Kajang malam tadi memaklumkan, Al-Sultan Abdullah berkenan untuk beliau menghadap baginda di Istana Negara.

Presiden PKR itu juga berkata, beliau mungkin mengumumkan barisan Kabinet ‘dalam masa dua atau tiga hari’ memandangkan ia perlu dibentuk segera menerusi perkenan Agong, sambil mengatakan perlu menyelesaikan isu tertentu bersama parti komponen dalam kerajaan.

Hari ini, Anwar akan bergerak ke Perak untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi ini.

Selepas itu, beliau dijadual mengadakan walkabout, selain sesi bertemu dan bertanya khabar bersama orang ramai di Pasar Tanjung Rambutan di Tambun, melawat tapak Klinik Kesihatan Manjoi serta menunaikan solat Jumaat dan menghadiri jamuan rakyat (jamuan besar) di Masjid Muhammad Al Fateh di Taman Jati di Ipoh.

Kunjungan itu adalah lawatan pertamanya ke Tambun, selepas beliau memenangi kerusi terbabit pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November lalu. - The Vibes, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran