web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Senarai Kabinet Hampir Muktamad, PM Menghadap Agong Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 7:03AM

Anwar Ibrahim berkata, pembentukan barisan Kabinet diterajui beliau dijangka diumumkan dalam masa terdekat - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembentukan barisan Kabinet diterajui beliau dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada majlis perhimpunan bersama aktivis Reformasi dalam video yang dikongsi beliau di laman Facebooknya, malam tadi.

"Kita terpaksa bergegas menyelesaikan masalah dengan semua komponen parti kerana kita harus segerakan untuk membentuk barisan Jemaah Menteri supaya diperkenan Yang di-Pertuan Agong dan dapat kita umumkan dalam masa dua, tiga hari ini kalau boleh. Insya-Allah,” katanya.

Menurut Anwar, proses pemilihan anggota Kabinet sudah hampir selesai dan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 8 pagi ini.

"Setakat ini hampir seluruhnya sudah hampir beres dan saya akan cerakin, perkemaskini. Lepas cerakin kita menelusuri, meneliti, dan menelaah,” katanya.

Bagaimanapun Anwar berkata, selepas menghadap Agong beliau akan bergegas ke Istana Kinta Perak sebelum solat Jumaat dan menghadiri kenduri rakyat bersama penduduk di Tambun.

“Esok (jam) 8 pagi ke Istana Negara, 10.30 pagi (ke) Istana Kinta Perak, kerana lepas itu solat Jumaat di Tambun dan kenduri rakyat untuk (ucap) terima kasih kepada penduduk Tambun,” katanya.

Terdahulu, khabar angin bahawa Kabinet baharu bakal diumumkan dalam masa terdekat mulai bertiup susulan satu hantaran melalui akaun Facebook Istana Negara pada Selasa lalu berserta empat keping foto yang memaparkan Al-Sultan Abdullah menerima menghadap Perdana Menteri.

Biarpun dengan hanya keterangan ringkas yang menyatakan baginda menerima menghadap Anwar jam 5 petang Selasa lalu, ia menguatkan lagi spekulasi bahawa senarai lengkap Kabinet baharu sudah dipersembahkan kepada baginda.

Selain bila Perdana Menteri akan mengumumkan Kabinetnya, turut menjadi teka-teki adalah bilangan menteri dan timbalan menteri yang akan dilantik menerajui pelbagai kementerian di bawah kerajaan perpaduan.

Jumaat lalu, pada sidang media pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar memaklumkan bahawa kerajaan perpaduan yang diterajuinya akan memiliki saiz Kabinet yang lebih kecil.

Beliau turut dilaporkan berkata, akan mengusulkan supaya gaji menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan nanti dikurangkan susulan perkembangan situasi ekonomi kini. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam