Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Akta Pendidikan 1996 Perlu Dipinda Jika Mahu Laksana Sekolah Satu Aliran

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2022 7:05AM

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Seksyen 28 adalah berkenaan penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem pendidikan sekolah satu aliran sebagaimana dicadangkan Majlis Perundingan Melayu (MPM) tidak boleh direalisasikan selagi Akta Pendidikan 1996 tidak dipinda.

Pakar Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, Akta Pendidikan 1996 membenarkan wujudnya sekolah vernakular.

Menurut beliau, berdasarkan akta tersebut, sekolah aliran menggunakan bahasa Cina dan Tamil atau sekolah jenis kebangsaan yang juga mendapat bantuan dari kerajaan, turut dibenarkan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 28 Akta Pendidikan 1996.

“Kerajaan menetapkan kurikulum kebangsaan yang mesti dipakai oleh semua sekolah termasuk swasta, jadi mewujudkan satu sistem pendidikan sekolah, bermakna hanya satu sahaja kurikulum yang boleh digunakan. 

“Pada masa sama, sekolah swasta di peringkat pra, rendah dan menengah dibenar untuk ditubuhkan. Oleh itu, sukar untuk mengatakan bahawa sistem pendidikan yang sedia ada bertentangan dengan Perlembagaan,” katanya kepada Getaran.

Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan keperluan satu jenis sistem pendidikan di Malaysia, namun Perkara 152 menyebut berkenaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan diperincikan oleh Akta Bahasa Kebangsaan - Gambar Hiasan
Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan keperluan satu jenis sistem pendidikan di Malaysia, namun Perkara 152 menyebut berkenaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan diperincikan oleh Akta Bahasa Kebangsaan - Gambar Hiasan

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Seksyen 28 adalah berkenaan penubuhan dan penyenggaraan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. 

Ia menyatakan, "tertakluk kepada peruntukan akta ini, menteri boleh menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dan hendaklah menyelenggarakan sekolah-sekolah itu.

Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan keperluan satu jenis sistem pendidikan di Malaysia, namun Perkara 152 menyebut berkenaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan diperincikan oleh Akta Bahasa Kebangsaan. 

Katanya bagaimanapun, Perkara 152(1)(a) pula menyatakan bahawa rakyat Malaysia boleh menggunakan bahasa lain untuk mengajar atau belajar selain daripada urusan rasmi. 

“Namun kita ada pelbagai undang-undang mengenai pendidikan, yang utama adalah Akta Pendidikan, Akta Universiti dan Kolej Universiti dan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta. 

“Setiap akta mempunyai ruang lingkup sendiri misalnya, Akta Universiti untuk pendidikan tinggi di IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), Akta Pengajian Tinggi Swasta untuk institusi swasta,” katanya.

Justeru, beliau berpandangan bahawa jika kerajaan mahu menubuhkan sistem pendidikan sekolah rendah dan menengah satu aliran, Akta Pendidikan 1996 perlu dipinda.

Bagaimanapun, Nik Ahmad Kamal mempersoalkan adakah dengan mewujudkan sistem pendidikan sekolah satu aliran akan menyebabkan sekolah vernakular ditamatkan kerana ia isu sensitif.

Pakar undang-undang mempersoalkan adakah dengan mewujudkan sistem pendidikan sekolah satu aliran akan menyebabkan sekolah vernakular ditamatkan kerana ia isu sensitif - Gambar Hiasan
Pakar undang-undang mempersoalkan adakah dengan mewujudkan sistem pendidikan sekolah satu aliran akan menyebabkan sekolah vernakular ditamatkan kerana ia isu sensitif - Gambar Hiasan

“Persoalannya, adakah sekolah satu aliran (akan) menyebabkan sekolah vernakular ditamatkan. Jika ya, ia adalah perkara sensitif yang termasuk dalam maksud hasutan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Ada kes yang diputuskan sebelum ini melibatkan penggunaan Akta Hasutan terhadap mereka yang menggesa agar sekolah vernakular dihapuskan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Biro Pendidikan MPM, Prof Emeritus Tan Sri Ibrahim Abu Shah, berharap supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menggunakan pengaruhnya untuk mengajak dalam kalangan bukan Melayu supaya bersetuju dengan sistem pendidikan satu aliran.

Beliau berkata, sistem pendidikan satu aliran yang diperjuangkan bukan semata-mata untuk menjaga orang Melayu, malah membela nasib bangsa lain secara keseluruhannya.

Jelasnya, tuntutan dan perjuangan bukan Melayu berkaitan sistem pendidikan ketika ini, bercanggah dengan Perlembagaan negara.

“Pada hari ini, Perdana Menteri baharu (dilantik) disebabkan penerimaan dan sokongan padu terutama daripada masyarakat Cina. Sudah pasti dengan semangat beliau dapat memujuk mereka supaya kembali ke pangkal jalan.

 “(Meminta mereka) menerima asas Perlembagaan, apa yang mereka buat itu boleh dikatakan 100 peratus bercanggah dengan Perlembagaan," katanya.

Ibrahim Abu Shah berkata, sistem pendidikan satu aliran yang diperjuangkan bukan semata-mata untuk menjaga orang Melayu, malah membela nasib bangsa lain secara keseluruhannya
Ibrahim Abu Shah berkata, sistem pendidikan satu aliran yang diperjuangkan bukan semata-mata untuk menjaga orang Melayu, malah membela nasib bangsa lain secara keseluruhannya

Menyokong cadangan itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, pelaksanaan pendidikan sekolah satu aliran jika mendapat sokongan kalangan bukan Melayu boleh disifatkan sebagai tanda awal kejayaan kerajaan perpaduan dipimpin oleh Anwar.

“Ini langkah awal yang menjurus kepada kejayaan kerajaan perpaduan sekiranya ingin hubungan sesama kaum kembali baik demi mencapai kemakmuran yang mutlak di Malaysia," katanya.

Jelas beliau lagi, atas harapan itu, Perdana Menteri digesa dapat meyakinkan kaum lain supaya menerima pendidikan sekolah satu aliran di negara ini.

Pada masa sama, Muqharabbin berpendapat, Anwar juga perlu bersikap tegas dan tidak menerima permohonan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) agar Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) diiktiraf.

“Kerajaan ini masih baharu dan setiap langkah dan keputusan diambil sekiranya silap, pasti akan merosakkan kerjasama yang baru terjalin," katanya. - Getaran, 2 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

3

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

Sorotan

1

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

3

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

5

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

6

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

7

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 26 minit yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Politik 4 jam yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran