web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bicara Kes Pengubahan Wang, Elak Cukai Rosmah Bermula 12 Mei 2023

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 12:05PM

Hakim Mohamed Zaini berkata tarikh perbicaraan itu bergantung kepada rayuan Rosmah Mansor di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 Disember iniGambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan selama 15 hari bermula 12 Mei tahun depan untuk perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor.

Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan ketika pengurusan kes hari ini dengan dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn dan peguam Datuk Geethan Ram Vincent, yang mewakili Rosmah.

"Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 12 Mei; 28 dan 30 Jun; 6, 7, 27, 28 dan 31 Julai; 1, 2, 11, 24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 Sept 2023," kata hakim itu yang turut menetapkan 20 Februari depan untuk pengurusan kes berkenaan.

Bagaimanapun, Hakim Mohamed Zaini berkata tarikh perbicaraan itu bergantung kepada rayuan Rosmah di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan untuk pengurusan kes pada 23 Disember ini.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap dua keputusan Hakim Mohamed Zaini pada 14 Disember 2021 dan 25 April lepas yang menolak permohonan Rosmah bagi beliau menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.

Terdahulu, Poh memaklumkan kepada mahkamah, pihak pendakwaan akan memanggil 15 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes tersebut.

Pada 29 Nov lepas, Hakim Mohamed Zaini mengingatkan pihak pembelaan untuk memberi keutamaan dalam kes itu memandangkan ia belum dibicarakan walaupun selepas empat tahun Rosmah didakwa pada 4 Oktober 2018.

Rosmah, 70, berdepan dengan 12 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Pada 1 September lepas, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

Mahkamah juga memerintahkan Rosmah dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 3 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi