Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pengguna Telegram Akui Terperdaya Selepas Dihubungi ‘Kenalan Lama’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 7:06AM

Sekali imbas, tiada apa yang mencurigakan dengan permintaan itu tetapi sebaliknya, ia adalah taktik sindiket untuk mendapatkan kata laluan sekali (OTP) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengguna akaun Telegram yang digodam mengakui terperdaya dengan taktik digunakan sindiket, iaitu menyamar sebagai kenalan lama sebelum meminta mangsa menghantar tangkap layar akaun, dengan alasan mahu memeriksa jika ia masih dikawal penggodam.

Sekali imbas, tiada apa yang mencurigakan dengan permintaan itu tetapi sebaliknya, ia adalah taktik sindiket untuk mendapatkan kata laluan sekali (OTP) bagi membolehkan penggodam mengambil alih akaun Telegram mereka, sebelum meneruskan modus operandi menipu kenalan dan keluarga mangsa menggunakan aplikasi tersebut.

Seorang mangsa, Minarni Md Saad ketika berkongsi pengalaman digodam sindiket licik tersebut berkata, beliau dihubungi oleh ‘sahabat’ lama di aplikasi tersebut pada 23 November lalu yang meminta bantuan untuk memeriksa akaun Telegram miliknya.

Wanita berusia lingkungan 50-an itu berkata, ‘sahabat’ tersebut memberitahu mahu memeriksa sama ada akaun Telegram miliknya sudah kembali normal atau tidak selepas digodam oleh sindiket sebelum ini.

Sindiket ini agak licik kerana ia seperti mengenali rakan-rakan atau kontak mangsa kerana menghubungi mereka menggunakan nama panggilan yang biasa digunakan - Gambar Hiasan
Sindiket ini agak licik kerana ia seperti mengenali rakan-rakan atau kontak mangsa kerana menghubungi mereka menggunakan nama panggilan yang biasa digunakan - Gambar Hiasan

“Saya memang tiada syak apa-apa kerana sebelum ini kita tahu jika scammer, mereka akan menghubungi kita kononnya daripada syarikat kurier, bank, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan beberapa lagi yang lain.

“Dia meminta saya untuk menghantar tangkap layar akaun Telegram miliknya malah dia turut menunjukkan caranya kerana saya tidak tahu.

“Memandangkan tiada perasaan curiga, jadi saya menurut saja arahan ‘sahabat’ berkenaan namun selepas 24 jam, pekerja saya bertanya kenapa chat di Telegram sedangkan dia berada di depan mata saya di pejabat,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Minarni yang juga bekas pengarang berita di sebuah syarikat akhbar tempatan berkata, ketika membuat tangkap layar di telefon bimbitnya, beliau menyedari terdapat mesej daripada Telegram yang menghantar OTP kepadanya.

“Saya menghantar tangkap layar tersebut kepada ‘sahabat’ terbabit bersama dengan nombor OTP yang dihantar Telegram dan itu yang menyebabkan akaun saya diambil alih oleh sindiket,” katanya.

Minarni bagaimanapun bersyukur kerana seperti diketahuinya saat ini, tiada kenalan atau ahli keluarganya terpedaya dengan taktik sindiket berkenaan dan mengakui, kejadian itu sedikit sebanyak agak menyusahkan.

“Pada mulanya saya risau juga kerana takut ada kenalan atau ahli keluarga yang tertipu, namun setakat ini Alhamdulillah tiada yang menjadi mangsa.

“Bagaimanapun, ia menyusahkan dan menjadikan saya serabut kerana kawan-kawan mesej dan telefon untuk mengesahkan betul ke mahu pinjam wang dan sebagainya,” katanya.

Seorang lagi, mangsa, Fazlina Abd Rahim, turut mengalami nasib sama apabila dihubungi oleh seorang ‘pensyarah’ bergelar Datuk yang dikenali di Telegram awal November lalu.

Sehingga kini, taktik tersebut bukan saja memperdaya orang awam sahaja sebaliknya turut berlaku ke atas ahli politik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan - Gambar Hiasan
Sehingga kini, taktik tersebut bukan saja memperdaya orang awam sahaja sebaliknya turut berlaku ke atas ahli politik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan - Gambar Hiasan

“Sehari selepas dihubungi oleh ‘pensyarah’ tersebut, akaun Telegram saya terus diambil alih dan sindiket menghubungi rakan-rakan dan ahli keluarga untuk meminjam wang menggunakan identiti saya.

“Sindiket ini agak licik kerana dia seperti mengenali rakan-rakan atau kontak saya kerana menghubungi mereka menggunakan nama panggilan yang biasa kami gunakan.

“Sejak dari itu, telefon saya tak henti-henti dihubungi oleh rakan-rakan dan ahli keluarga untuk mengesahkan perkara itu namun setakat diketahui, tak ada menjadi mangsa sindiket tersebut,” katanya yang berusia lewat 30-an.

Fazlina, seorang wartawan berkata, beliau juga mengesyaki sindiket menggunakan identitinya untuk menipu rakan-rakan kontaknya di aplikasi WhatsApp namun menggunakan nombor telefon berbeza.

“Setakat ini ada rakan yang dihubungi oleh sindiket dengan nombor telefon berbeza namun menggunakan profil foto dan nama saya di aplikasi WhatsApp,” katanya sambil menasihatkan pengguna Telegram supaya lebih berhati-hati jika dihubungi oleh rakan atau kenalan di aplikasi terbabit.

Sehingga kini, taktik tersebut bukan saja memperdaya orang awam sahaja sebaliknya turut berlaku ke atas ahli politik serta bekas pegawai tertinggi kerajaan.

Terbaru pada Ogos lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga terpaksa membuat hantaran Facebook berhubung perkara sama.

Sindiket berkenaan juga mengakibatkan kerugian berjumlah RM11.47 juta sejak tahun 2020 sehingga Februari tahun ini dengan 1,710 laporan diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). – Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Syarikat Pengendali Pakej Umrah, Pengarah Didakwa Gagal Patuhi Perintah Award TTPM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Bekas Pensyarah Berputih Mata, Lebih RM1.4 Juta Lesap Ditipu 'Pegawai NSRC'

Sorotan

1

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

2

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

4

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

5

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

6

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

7

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

oleh Rafisqi Radhi

Sukan 16 jam yang lalu

Piala Thomas: Tze Yong Digugurkan, Hon Jian Isi Kekosongan – Rexy

Semasa 20 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA