Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Siapa Sepatutnya Menerajui MOSTI? ‘Mestilah Tahu Hormati Semua Penggiat, Bidang’ - Mahaletchumy

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Nov 2022 8:16PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usai pembentukan kerajaan Persekutuan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini rakyat menantikan pengumuman barisan Jemaah Menteri yang dikatakan bakal dimuktamadkan minggu ini.

Pastinya, rakyat mengharapkan Kabinet yang akan ditubuhkan mampu membawa perubahan dalam pelbagai aspek, termasuk sektor penting seperti keselamatan makanan, air dan tenaga.

Pengarah Eksekutif Pusat Maklumat Bioteknologi Malaysia (MABIC), Dr Mahaletchumy Arujanan berkata, semua perkara itu bagaimanapun terikat dengan banyak matlamat antarabangsa, seperti Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), kesediaan krisis dan keselamatan makanan.

“Tidak dinafikan bahawa kebanyakan matlamat ini boleh dicapai jika Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI) dihidupkan semula dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) diubah menjadi kementerian utama.

“Pada ketika ini, saya mesti mengucapkan tahniah kepada mantan menteri MOSTI, Datuk Seri Adham Baba dan Khairy Jamaluddin kerana ‘membina semula’ kementerian itu,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran.

Mahaletchumy berkata, kedua-dua menteri itu menunjukkan minat mendalam berhubung pendekatan holistik tanpa mengabaikan mana-mana sektor STI yang merangkumi pelbagai bidang khusus.

Katanya, banyak dasar yang tertangguh sebelum ini dibangunkan semula dan dilancarkan, contohnya Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi Malaysia (MySTIE) dan Dasar Bioteknologi Kebangsaan 2.0.

Beliau berkata, semasa pentadbiran dua figura penting itu, MOSTI juga bertindak pantas terhadap jangkitan COVID-19 dengan membangunkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN).

“Permintaan rendah hati saya kepada Perdana Menteri dan sekutunya ialah memilih menteri MOSTI dengan teliti, selain menjenamakan semula dan mengubah kementerian itu menjadi kementerian penting untuk pembinaan negara.

“Saya percaya komuniti saintifik tidak mengharapkan seorang menteri yang terlatih dalam sains atau mempunyai ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang sains.

“Menjadi sebahagian daripada komuniti sains sejak dua dekad lalu, saya boleh membaca sentimen dan berani mengatakan jangkaan rakyat adalah untuk melihat seorang menteri yang menghormati pakar, profesor serta ahli akademik Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, Mahaletchumy berkata, menteri dipilih menerajui MOSTI mestilah individu yang bersedia untuk melibatkan diri dan mendengar suara penggiat bidang itu.

“Akhir sekali, menteri sains juga tidak harus datang dengan ideologi peribadi, memihak kepada satu sektor, berbanding lain,” katanya yang disenaraikan sebagai seorang daripada 100 individu paling berpengaruh dalam bioteknologi oleh The Scientific American Worldwide View: A Global Biotechnology Perspective Journal.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya tidak mahu mana-mana sektor ‘dianaktirikan’ untuk diperkasakan, malah disebabkan sains adalah pelbagai disiplin, tiada bidang yang boleh berdiri sendiri.

“Sebagai seorang yang terlibat di peringkat antarabangsa, saya sedih melihat Malaysia terkebelakang dalam bidang sains walaupun kepada negara jiran kita, apatah lagi negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan OECD.

“Kemajuan sains yang terlalu pantas berkembang menyaksikan ia mustahil untuk ‘dikejar’, malah apabila kita mencapai sesuatu perkara, ada lagi kemajuan baharu di depan kita,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahaletchumy berkata, perkara lain yang perlu diketengahkan adalah untuk tidak ‘menghidupkan semula’ Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar, dan Perubahan Iklim (MESTECC).

“Ia adalah kawasan sangat luas untuk diuruskan. Bagi memastikan Kabinet adalah mantap, MOSTI boleh digabungkan dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di mana dana penyelidikan dan pembangunan bakat dalam Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) boleh diuruskan dengan lebih baik,” katanya.

Sementara itu, Mahaletchumy berkata, Anwar berdepan tugas sukar untuk memilih dan melantik anggota Kabinet daripada senarai nama dicadangkan kepada beliau, terutama terlalu ramai pemimpin daripada gabungan kerajaan mengharapkan terpilih.

“Walaupun tadbir urus dan integriti sememangnya menjadi agenda dalam beberapa pilihan raya lalu, sudah tiba masanya Anwar memberi tumpuan untuk meletakkan Malaysia pada tahap yang sama dengan negara maju,” katanya. - Getaran, 30 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Innovathon Tawar Peluang, Pupuk Minat Untuk Masyarakat Komersialkan Inovasi Sendiri - Rafizi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Bajet 2023: Dana RM1.062 Bilion Lonjakkan Peranan STI Ke Arah Pengukuhan Ekonomi

3

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Stesen Pengecasan EV Masih Rendah, Kurang Daripada 1,000 - MOSTI

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MOSTI Gerak Pasukan Siasat Penemuan Serpihan Roket Di Sarawak

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 16 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 14 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran